Ketua jurulatih Police Tero FC, Rangsan Viwatchaichok mahu membawa pemain baharu pasukan, Mohamadou Sumareh bagi menghadapi perlawanan Thai League 1 menentang PT Prachuap pada Sabtu ini.

Sumareh mula menyertai sesi latihan pasukan setelah menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari dan kini Rangsan sudah sedia untuk menurunkan beliau.

“Kini kami perlu menunggu keadaan fizikal pemain sama ada beliau sedia untuk diturunkan atau sebaliknya. Bagaimanapun, Sumareh akan menyertai pasukan selain dua lagi pemain import iaitu Greg Houla dan Marc Landry Babo.

“Dapat menggunakan pemain import akan membuatkan corak permainan lebih lancar. Selain kembali mendapatkan khidmat pemain import, kita turut dapat menggunakan pemain yang baru sahaja tamat bertugas bersama pasukan kebangsaan,” kata Rangsan.

Police ketika ini menduduki tangga ke-8 dalam carta Thai League 1, mengutip 11 mata daripada 7 perlawanan yang dihadapi setakat ini.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

Tempoh Kuarantin Sumareh Berakhir, Bakal Sertai Rakan Sepasukan Police Tero

Tempoh Kuarantin Sumareh Hampir Tamat, Mula Jalani Latihan Ringan

Sumareh Tiba Di Thailand, Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Turun Beraksi Bersama Police Tero