Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua jurulatih kelab divisyen dua Liga Perancis, Pau FC iaitu Didier Tholot mahu pemain baharu pasukan, Nguyen Quang Hai untuk lebih bersabar dalam usahanya untuk tampil bersama pasukan itu.

Menurut Tholot, Quang Hai perlu diberikan ruang yang secukupnya kerana ini adalah kali pertama pemain itu beraksi di Eropah dan perlu diberikan masa yang cukup untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

“Tidak realistik untuk mengharapkan Quang Hai mempamerkan prestasi hebat dan mencapai kecemerlangan pada tahun pertamanya di Pau FC.

“Dia baru sahaja menyertai kelab ini dan perlu belajar banyak perkara baharu. Quang Hai juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan dia berada di sini.

“Saya fikir dia harus bersabar dan tidak terlalu risau tentang berapa banyak perlawanan yang akan dia hadapi,” kata Tholot.

Pada masa yang sama, Tholot akan mengkaji gaya permainan Quang Hai dengan melihat vide ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan Vietnam dan juga kelab lamanya iaitu Hanoi.

“Saya akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang bagaimana Quang Hai beraksi di Vietnam dan bagaimana prestasi beliau ketika sesi latihan bagi mencari kaedah yang sesuai dengannya.

“Dia seorang yang tangkas, bekerja keras dan laju apabila memegang bola. Dia merupakan seorang pemain yang mampu mengubah permainan dan memberikan perbezaan bagi pasukan. Pemain seperti ini yang saya mahukan di Pau,” tambahnya.

Quang Hai lulus ujian perubatan dan beliau menandatangani kontrak selama dua musim bersama Pau. Pemain berusia 24 tahun itu terus menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

Quang Hai turut mencipta sejarah sebagai pemain Vietnam pertama yang beraksi dalam saingan Liga Perancis.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Masih Cuti Kerana Hal Keluarga, Ronaldo Tak Akan Lawan Liverpool Di Thailand

Gabriel Jesus: Saya Mahu Memenangi Segala-Galanya Bersama Arsenal

Barcelona Berhutang Tunggakan Gaji £17 Juta Dengan De Jong