Ketua jurulatih Maghribi gembira kerana pemain pemainnya berjaya menewaskan Brazil dan lebih manis ianya dilakukan hanya beberapa jam selepas mereka berbuka puasa dan solat tarawih.

Maghribi mencipta kemenangan sulung mereka 2-1, ke atas Brazil berlaku pada malam Atlas Lions menikmati pesta yang mereka anjurkan untuk meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir di Qatar 2022.

Sofiane Boufal meletakkan Maghribi di hadapan pada minit ke-29 perlawanan. Di mana dia memusingkan badannya untuk melakukan rembatan dari dalam kotak penalti dan masuk.

Brazil tewas di tangan singa atlas

Pejaga gol Maghribi, Yassine Bounou yang cemerlang pada Piala Dunia 2022, melakukan kesilapan untuk memberikan gol penyamaan kepada Brazil pada minit ke-67.

Di mana rembatan Casemiro yang rendah gagal ditangkap kemas oleh Bounou.

Pada minit ke-79, Abdelhamid Sabiri melakukan rembatan deras dari sebelah tepi gawang. Dan terus masuk.

Pemain pemain Maghribi menuju ke sudut padang dan sujud meraikan gol tersebut.

Dan akhirnya Selecao tewas di tangan Singa Atlas.

Jurulatih Maghribi, Walid Ragragui mendedahkan bahawa kemenangan itu dicipta dengan cara cukup manis.

Di mana ianya berlaku ketika pemain melalui bulan puasa. Diet pemain berubah pada bulan puasa. Dan ianya cabaran tersendiri untuk badan mereka mengubah diet tersebut pada awal puasa.

Tetapi Maghribi membuktikan bahawa, puasa bukan alasan untuk mereka tidak beraksi dengan bertenaga di atas padang.

Ragragui turut menyatakan bahawa sebelum perlawanan menentang Brazil, para pemain Maghribi sempat bersolat tarawih selepas berbuka puasa.

Ragragui berkata: “Kami mengalahkan Brazil ketika bulan Ramadan, selepas berbuka puasa dan solat tarawih, itu memang gila.”

Kemenangan itu pasti akan diingati buat selama lamanya dalam lipatan sejarah bola sepak Maghribi. Di mana mereka menewaskan juara dunia 5 kali dan juga pasukan yang sedang berada di ranking no.1 dunia pada ketika ini.