Keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Malaysia bertemu Jordan semalam tidak berpihak kepada pasukan negara walaupun dapat dilihat satu aksi yang mengujakan pada separuh masa kedua.

Ketua jurulatih Jordan, Vital Borkelmans dalam sidang media selepas tamat perlawanan dengan penuh keterujaan menyatakan beliau kagum dengan penyokong Malaysia selepas menyaksikannya dengan mata sendiri dari tepi padang.

Dalam perlawanan semalam, seramai 14,063 orang penyokong telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan Borkelmans terpesona dengan Ultras Malaya yang berterusan memberikan semangat kepada pemain sepanjang perlawanan berlangsung.

ultras malaya
Ultras Malaya ketika lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan sebelum sepak mula perlawanan.

Ultras Malaya semalam menyesuaikan chant mereka dengan tema hari kebangsaan, dan ia adalah satu cara untuk menzahirkan perasaan patriotik terutama mereka yang berada di stadium.

“Saya telah lama bermain (bola sepak) dan bekerja bersama skuad kebangsaan Belgium sebelum ini tetapi apa yang saya lihat malam ini, saya berikan pujian tinggi kepada penyokong Malaysia. Apa yang saya lihat sebelum dan selepas perlawanan sungguh menakjubkan.

ultras malaya

“Saya sedang menonton mereka (Ultras Malaya) sebelum dipanggil untuk menghadiri sidang media. Saya boleh berdiri 1 jam menikmati persembahan mereka dan saya menghormati mereka.

Vital Borkelmans akan meneruskan perjalanan mereka ke Taipei bagi pertemuan dengan pasukan itu dalam pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan bermula pada 5 September 2019.

Jakarta Tersenarai Dalam ‘Awayday’ Paling Mencabar Di Dunia

Apa Yang Perlu Kita Tahu Disebalik Tifo Ultras Malaya Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Thailand