Semalam, skuad negara mencatatkan satu lagi kemenangan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 selepas berjaya menundukkan Hong Kong 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia adalah perlawanan persahabatan terakhir sebelum mereka menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula pada minggu depan.

Disebalik kemenangan tersebut, ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen meluahkan rasa terkejut melihat corak permainan pantas Harimau Malaya. Beliau sebelum ini pernah membimbing Korea Utara menentang skuad negara ketika Kelayakan Piala Asia 2019.

Namun kali ini beliau menyifatkan Malaysia beraksi dengan lebih baik dan dibarisi oleh ramai pemain berkualiti berbanding dengan pasukannya.

“Mereka bermain bagus dan saya betul-betul terkejut. Mereka juga ada ramai pemain berkualiti. Kami mempunyai sedikit masalah dengan permukaan padang kerana mereka bermain dengan corak permainan pantas manakala pemain saya masih belum menyesuaikan diri,” katanya ketika sidang media.

FOTO: FAM

Hong Kong menurunkan penjaga gol naturalisasi iaitu Paulo Argolo namun ia tidak menjadi masalah buat jentera serangan Harimau Malaya yang berjaya menjaringkan dua gol melalui sepakan penalti Safawi Rasid dan sepakan percuma Safiq Rahim.

Menurut Andersen, pasukannya juga tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama yang memilih untuk kekal di China bagi menghadapi liga domestik.

“Saya tidak mahu terlalu negatif. Ini perlawanan ujian yang bagus dan ia cuma perlawaan persahabatan sebelum kempen kelayakan Piala Asia bermula. Kami akan belajar sesuatu daripada kekalahan ini.

“Perlawanan antarabangsa tidak sama dengan corak permainan liga domesti di Hong Kong. Kami tidak berjaya menjaringkan gol tetapi hanya lepaskan gol dari sudut ‘set pieces’. Ini sesuatu yang positif,” katanya.

Selepas ini, Hong Kong akan terbang ke India untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di sana. Mereka dijadualkan menentang Afghanistan, Kemboja dan tuan rumah, India di Kolkata minggu depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

De Paula Jadikan Kritikan Peminat Sebagai Pembakar Semangat

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Brad Maloney: Pemain Begitu Bersemangat Untuk Beraksi