Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Harimau Selatan bakal dapat ketua jurulatih baharu apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan khidmat pengendali pasukan itu, Benjamin Mora.

Menurut kenyataan rasmi, Mora dikatakan telah pulang ke Mexico untuk menyelesaikan urusan peribadi sekaligus menyangkal dakwaan peminat setia JDT mengenai pemergiannya ke Jepun bagi menyaksikan perlawanan persahabatan diantara PSG menentang Urawa Red Diamond sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua AFC Champions League (ACL).

Mora sudah berkhidmat sebagai jurulatih JDT sejak 2017 dan mengecapi pencapaian gemilang termasuk tiga kali memenangi Liga Super pada tahun 2019, 2020 dan 2021 selain menjulang Piala Malaysia pada tahun 2019.

Ketiadaan Mora menyaksikan segelintir warganet atau netizen mula mengaitkan dengan beberapa nama untuk menggantikan tempat jurulatih tersebut.

Menurut laporan Astro Arena, difahamkan seorang jurulatih dari Argentina kini sudah tiba di Johor Bahru sekaligus dikaitkan sebagai pengganti Benjamin Mora bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Antara nama yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat Harimau Selatan ialah Mario Gomez dan Luciano Figueroa.

Gomez pernah membimbing JDT selama 3 musim dan mencapai kejayaan besar terutamanya juara AFC Cup 2015 sebelum berkelana ke Indonesia untuk mengemudi Persib Bandung, Arema FC dan Pusamania Borneo.

Dibawah kendalian Gomez, JDT telah menjuarai Liga Super sebanyak dua kali pada musim 2015 dan 2016, Piala FA 2016 dan juga Piala Sumbangsih. Difahamkan beliau kini sedang melatih pasukan daripada divisyen 2 Argentina, Deportivo Armenio dan tidak mustahil akan kembali semula ke Liga Malaysia.

Satu lagi nama yang mungkin akan kembali mengendalikan JDT ialah Luciano Figueroa. Beliau merupakan bekas pemain import skuad itu pada musim 2014-2016 dan pernah dilantik sebagai pengurus pasukan.

Figueroa juga merupakan antara nama besar dalam bola sepak kerana pernah beraksi dengan skuad Argentina bersama bintang terkemuka dunia seperti Carlos Tevez, Cambiasso, Juan Riquelme dan Pablo Aimar.

Beliau menyertai JDT dari kelab gergasi Greece, Panathinaikos FC pada tahun 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain. Sepanjang beraksi dengan skuad Harimau Selatan, beliau telah menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan.

Sebelum dilantik menjadi Pengurus JDT pada bulan Ogos 2018, Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Kelab pada tahun 2017.

Bersama JDT, beliau memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 sebagai pemain. Figueroa juga berjaya memenangi dua lagi Piala Sumbangsih (2019 & 2020), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus.

Figueroa

Sumber Gambar: JST

Siapakah pengganti sebenar Benjamin Mora? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada JDT mengenai pengumuman Ketua jurulatih baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

PJ City Tetap Guna Anak Tempatan 100 Peratus Tanpa Kelibat 9 Pemain Import

5 Pemain Lebih Umur Termasuk 3 Pemain Import Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Simpanan

Liga Super: Peminat Tidak Setuju Dengan Peraturan 9 Pemain Import

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group