Beberapa hari lalu, skuad Indonesia bawah 19 tahun (B-19) cipta kejutan apabila mencatat keputusan seri ke atas pasukan gergasi Asia, Arab Saudi 3-3 dalam kejohanan jemputan antarabangsa anjuran Federasi Bola Sepak Croatia (HSN).

Dalam perlawanan itu, skuad Garuda Muda terlebih dahulu ketinggalan 1-3 di separuh masa pertama. Mereka kemudian bangkit menjaringkan 2 gol di separuh masa kedua menjadikan keputusan berubah kepada 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Arab Saudi sebelum ini tewas 2-3 kepada Bulgaria dan juga kalah tipis 3-4 kepada tuan rumah, Croatia. Namun begitu, Federasi Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan itu gagal menewaskan Indonesia.

Oleh sebab itu, SAFF membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatih pasukan itu, Damien Hertog dengan alasan penangguhan Kejohanan AFC B-19 ke tahun depan.

Sebagai ganti, mereka melantik jurulatih tempatan, Salih Al-Muhammadi mengendalikan skuad tersebut.

“Federasi bola sepak Arab Saudi sudah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak jurulatih dari Belanda, Damien Hertog yang sepatutnya membimbing pasukan bawah 19 tahun di kejohanan AFC B-19 bulan Oktober depan.

“Keputusan ini dibuat kerana AFC menunda kejohanan itu ke tahun depan disebabkan oleh wabak pandemik,” kata kenyataan rasmi daripada SAFF.

Bekas pengendali Feyernoord itu mengendalikan pasukan Arab Saudi B-19 sejak 1 September 2019. Beliau menandatangani kontrak dengan SAFF selama 4 tahun namun hanya mampu bertahan selama setahun.

Jelas sekali, keputusan seri ke atas Indonesia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh pengurusan SAFF walaupun dalam perlawanan persahabatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21

Jepun Bakal Hadapi Cameroon Dan Ivory Coast Dalam Perlawanan Persahabatan

Stadium Rasmi Shanghai SIPG Dijangka Siap Sepenuhnya Bulan Depan