Kehadiran pemain muda kacukan negara, Kobe Chong nyata disambut baik oleh barisan kejurulatihan Peterborough United dimana pengurus skuad akademi, Kieran Scarff menyifatkan pemain itu sebagai satu rekrut yang baik bagi pasukan.

Selepas menjalani tempoh ujian selama beberapa minggu, Kobe akhirnya melengkapkan perpindahan ke kelab yang beraksi dalam saingan EFL Championship itu pada semalam dimana beliau menandatangani kontrak selama satu musim.

“Kobe ialah pemain yang kami kesan apabila beliau beraksi dalam saingan non league. Dia telah bersama kami lebih kurang empat minggu dimana beliau menyertai sesi latihan dan beberapa perlawanan persahabatan dan Kobe menjaringkan dua gol.

“Dia mempunyai latar belakang yang menarik. Kobe pernah beraksi di Itali ketika usianya 15 hingga 17 tahun. Kami melihat beliau mempunyai potensi dan kami mahu melihat apa yang dia mampu lakukan dalam tempoh semusim. Kobe merupakan satu contoh rektut baik yang dilakukan oleh kelab,” katanya.

Kobe Chong bakal diletakkan dalam skuad B-23 tahun Peterborough dan beliau dilihat mampu untuk menampilkan prestasi terbaik ekoran mempunyai pengalaman luas dengan beraksi bersama beberapa pasukan sebelum ini.

Bekas pemain Cagliari ini juga menjadi pilihan peminat bola sepak tanah air bagi diserapkan ke dalam skuad B-20 tahun negara bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 di Mongolia pada Oktober ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda negara di sini:

V Annil Mahu Gunakan Pengalaman Bersama SGV Freiburg Bantu Skuad B-20 Tahun Negara

Pemain Muda Negara, Aqil Arazi Sertai Akademi Bola Sepak Berpangkalan Di Sepanyol

Kobe Chong Sertai Kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United