Seorang jurulatih pasukan akademi kelab PSS Sleman yang dikenali dengan nama Rochmat Setiawan melalui laman sosial Twitter menjelaskan mengenai satu isu yang sentiasa dialami oleh pemain-pemain muda rantau Asia Tenggara apabila menganjak ke status pemain senior.

Ramai yang sedar bahawa rata-rata pemain muda dirantau ini mampu mempamerkan prestasi yang setara dengan pemain muda dari negara gergasi bola sepak Asia lain, malahan dari Eropah juga.

Tetapi perkara ini sukar untuk berlaku diperingkat senior walaupun pemain itu sudah beraksi bersama pasukan utama. Rochmat Setiawan mendedahkan mengapa ia berlaku, teruskan membaca.

Beliau memulakan bebenang dengan isu kebergantungan pasukan utama liga kepada pemain asing yang cukup tinggi, dimana sekiranya sesebuah pasukan tersebut memiliki pemain asing yang power, kelabnya akan berada diatas dan sebaliknya.

Turut dinyatakan juga berkaitan pemain naturalisasi dalam sesebuah kelab itu boleh dikatakan jaminan untuk kekal berada dipuncak liga.

Kesimpulan dari prestasi pemain tempatan dalam saingan tertinggi bola sepak bagi beliau adalah kerana gap pemain tempatan berbanding pemain asing ini masih tinggi, walaupun umurnya hampir sama.

Mengapa apa yang dimiliki oleh mereka ini berbeza?

Ia kelihatan seperti dalam satu rentas masa pembangunan yang sama (sejak pemain kecil), kualiti latihan yang diperolehi dari dalam negeri tidak sebagus apa yang pemain-pemain asing ini dapat dari negara mereka.

Apa yang uniknya adalah pemain muda kita menang, tidak kira samada pasukan remaja kebangsaan, atau pun yang lain. Tetapi apabila memasuki pasukan senior, outputnya jelas menjadi kontra, pasukan yang dulunya kalah kini menjadi lebih bagus.

Beliau mahu kita melihat kejohanan bola sepak ditempat anda tidak kira pasukan muda yang terkenal atau tidak.

Pasukan-pasukan yang muncul juara kebiasaannya bukan pasukan yang memiliki teknik yang paling baik, tetapi lebih banyak kejuaraan kerana secara fizikalnya lebih bagus. Lebih cepat, kuat dan endurance yang OK.

Menurut Rochmat Setiawan, perkara yang sama ini juga berlaku apabila pasukan muda kebangsaan beraksi dalam kejohanan antarabangsa.

Secara umumnya, kita memiliki fizikal yang lebih baik dari negara lain. Postur kecil, tapi sangat kuat, cepat dan nafas yang tidak habis-habis, sambil merujuk prestasi skuad U16 Indonesia yang lalu.

Kerana kebutuhan juara ini, pemain lebih melakukan latihan fizikal yang kesannya memotong jatah latihan bola sepak dari pemain-pemain ini sendiri.

Memang JUARA, tetapi waktu BELAJAR pemain menjadi minima.

Jadi, ada perbezaan diantara pemain kita dan luar negara. Mula belajar bola sepak bersama, tetapi apabila beraksi diperingkat senior dalam umur yang sama, pemain kita tidak sebagus mereka, kenapa?

Salah satu puncanya adalah waktu BELAJAR bola sepak itu yang lebih sedikit berbanding mereka diluar negara. Kemana hilangnya waktu itu?

Sebahagian dari waktu tersebut telah ‘dipotong’ untuk latihan fizikal supaya pasukan boleh muncul sebagai JUARA!

Beliau juga mengajak impak buruk yang dialami oleh pemain muda yang load latihan fizikalnya berlebihan, berapa tapping dibuat berbanding pemain pasukan lawan selain menyatakan ramai pemain muda Indonesia mengalami kecederaan ACL sebelum sempat beraksi dengan pasukan senior.

Berbalik kepada mentaliti kita, sebenarnya percaya atau tidak kita lebih banyak memberikan fokus keatas kejuaraan sebagai ukuran kejayaan pembangunan bola sepak pemain muda, berbanding pembelajaran yang mereka perlukan untuk mencapai prestasi maksima apabila berada diperingkat senior.

Ramai diantara kita adalah Glory Hunter!

6 Pemain Muda Malaysia Berguru Di Jepun Bersama Cerezo Osaka, FC Tokyo Dan JFA Academy

Biasiswa Persekolahan Di Jepun Bernilai RM100,000 Ditawarkan Untuk Tiga Pemain Muda Malaysia

Pemain Muda Negara Perlu Kuatkan Mental – Peter de Roo