Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui fizikal dan mental anak buahnya berada dalam keadaan begitu penat sehingga menyebabkan The Reds mengalami kekalahan kedua berturut-turut di gelanggang sendiri, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Steven Alzate pada minit ke-56 sudah cukup untuk mengecewakan barisan pemain Liverpool yang hanya mampu menjelmakan satu percubaan tepat ke arah gawang pasukan kelompok bawahan liga tersebut.

Lebih menyulitkan lagi keadaan, mereka juga buat pertama kalinya sejak Oktober 1984 gagal untuk menjaringkan gol pada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield. Satu keadaan yang bukanlah perkembangan baik buat juara bertahan itu.

Klopp yang sudah pastinya kecewa dengan keputusan dicatatkan anak buahnya melihat faktor kepenatan menjadi antara punca kepada permasalahan ini.

“Malam ini, kami kelihatan seperti tidak cukup segar dari segi mental dan fizikal,” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Banyak keadaan dimana kami memberikan mereka [Brighton] bola dengan begitu mudah, pada saat para pemain kami kelihatan kepenatan dari segi mental.”

“Saya tahu mereka boleh melakukan hantaran daripada A ke B tetapi ianya tidak berlaku, kami memudahkan kerja Brighton tetapi mereka melakukannya dengan sangat baik.”

“Brighton berhak untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini, tiada keraguan terhadap perkara tersebut. Bagi saya, lebih penting untuk mencari penjelasan mengapa kami kami pada kali ini dan memahami apa yang berlaku malam tadi.”

“Kami kelihatan tidak meyakinkan,” tambah Jurgen Klopp lagi.

Liverpool kini berada di tangga keempat dengan 40 mata hasil 11 kemenangan, tujuh keputusan seri dan empat kekalahan, ketinggalan dua mata di belakang Leicster City.

The Reds akan menghadapi satu lagi tugasan getir pada awal pagi Isnin depan apabila bakal menanti kunjungan pendahulu liga, Manchester City yang ketika ini berada dalam momentum cemerlang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

https://www.vocketfc.com/kitman-wira-yang-tak-didendang-buat-pasukan-bola-sepak/

Lee Seung-woo Bakal Sertai Portimonense Secara Pinjaman

Marseille Tolak Perletakan Jawatan Villas Boas Dan Kemudian Memecatnya

Sumber