Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal memandangkan kontrak lanjutan bersama kelab Thailand, Chonburi sekaligus kekal beraksi di negara itu bagi saingan musim 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Chonburi di laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Junior, kelab tersebut turut melanjutkan kontrak seorang lagi pemain import iaitu Renato Kelich.

Junior menyertai Chonburi pada separuh masa kedua saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan beliau terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Sasom Pobprasert untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menjaringkan gol pada aksi menentang Rayong serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pada aksi menentang Sukhothai.

Namun, pencapaian paling diingati Junior bersama Chonburi ialah beliau menjaringkan gol kemenangan pada aksi separuh akhir Piala FA Thailand menentang Buriram United sekaligus menghantar kelabnya ke pentas akhir.

Chonburi
Sumber Gambar: Chonburi FC

Akan tetapi Junior tidak beraksi pada perlawanan akhir ekoran digantung sekaligus menyaksikan kelabnya tewas kepada Chiangrai United menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam Saingan Thai League 1 pula, pemain kacukan Malaysia-Sweden ini membantu Chonburi menamatkan saingan di tangga ke-12.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Junior Eldstal di sini:

Chonburi Tewas Di Pentas Akhir Piala FA Thailand, Junior Eldstal Tidak Beraksi

Prestasi Cemerlang Berbaloi, Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Junior Eldstal Sertai Kem Latihan

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021