Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal mahu kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan setelah menampilkan aksi cemerlang bersama kelab Thailand, Chonburi FC.

Junior baru-baru ini menjaringkan gol pertama beliau bersama Chonburi pada perlawanan terakhir saingan Thai League 1, sekaligus membantu kelab itu kekal di saingan divisyen pertama pada musim hadapan.

Menurut laporan Stadium Astro, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meletakkan sasaran untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

“Matlamat saya sebaik memutuskan untuk beraksi semula ialah bermain bersama Malaysia.

“Ia sebagai satu penghargaan yang besar apabila jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempertimbangkan khidmat saya.

“Tetapi fokus saya ketika ini ialah menghabiskan liga dam Piala FA bersama Chonburi FC,” katanya.

Junior Eldstal

Sumber Gambar: Chonburi

Sebelumnya, Junior Eldstal dikaitkan dengan beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super pada awal musim ini. Namun, tiada sebarang perjanjian yang berjaya dimuktamadkan.

Pemain kacukan itu kemudiannya memutuskan untuk beraksi di Thailand setelah menerima tawaran dari Chonburi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia yang beraksi di Thailand di sini:

Nick Swirad Jaringkan 1 Gol, Nongbua Pitchaya Sah Juara Saingan Thai League 2 Musim 2020/2021

Junior Eldstal Teruskan Rentak Cemerlang, Berjaya Jaringkan Gol Pertama Dalam Thai League

Dominic Tan Semakin Hampir Untuk Pulih Dari Kecederaan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group