Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain kacukan Malaysia, Junior Eldstal sedang giat menjalani latihan sebelum kembali ke saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Minggu lalu, kelab Junior, Metropolitan Police FC mengumumkan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akan meninggalkan pasukan setelah menerima tawaran dari pasukan yang bersaing di Liga Malaysia musim hadapan.

Junior meninggalkan JDT dan kembali ke England pada 2018 lalu setelah bergelut untuk pulih daripada kecederaan belakang yang dialami sejak menyertai pasukan itu pada 2015.

Pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya membuat come back apabila beraksi bersama Metropolitan Police FC dalam saingan Southern Football League.

Masih belum diketahui pasukan mana yang menawarkan kontrak kepada Junior, sama ada pasukan dari saingan Liga Super ataupun Liga Perdana.

Ketika beraksi bersama JDT, Junior berjaya membantu kelab tersebut memenangi saingan Liga Super (2015,2016,2017), Piala Sumbangsih (2015,2016,2018), Piala FA (2016), Piala Malaysia (2017) dan juga Piala AFC (2015).

Baca artikel lain mengenai Junior Eldstal dan perkembangan Liga Malaysia di sini:

Metropolitan Police FC Umum Perpindahan Keluar Junior Eldstal, Terima Kontrak Profesional Di Malaysia.

Julian Johan Bechler Tidak Sambung Kontrak Bersama Johor Darul Ta’zim

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?