Penyerang muda Jepun yang semakin menjadi tumpuan kelab di eropah, Jun Nishikawa dilaporkan bakal menyerta sebuah kelab dalam saingan Ligue 1, Lille OSC mengikut satu pendedahan oleh portal sukan Jepun, SoccerDigestWeb.

Jun Nishikawa yang merupakan pemenang anugerah MVP kejohanan AFC U16 2018 yang diadakan di Malaysia pada ketika itu, kini beraksi bersama kelab Cerezo Osaka selepas graduate dari pasukan sekolah tinggi Toko Gakuen.

news_256261_1

Portal bola sepak tersohor Jepun itu juga ada menyebut bahawa nilai perpindahan itu dianggarkan sekitar €2.5 juta atau RM12,500,000, namun Jun Nishikawa bakal dipinjamkan ke sebuah kelab lain dalam saingan liga bola sepak Belgium iaitu Royal Excel Mouscron bagi mencari pengalaman bola sepak eropah.

Aksi Jun Nishikawa dalam kejohanan Piala Dunia U20 sebelum ini dikatakan punca utama Lille OSC ‘nampak’ potensi pemain itu dan memutuskan untuk membawa Jun Nishikawa ke eropah.

42687629_10156416463300310_7034689503478415360_n

Untuk makluman juga, kedua-dua kelab iaitu Lille OSC dan juga Royal Excel Mouscron adalah milik seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Gerrard Lopez, dan keputusan untuk menghantar Jun Nishikawa ke Belgium itu dilihat oleh pemerhati bola sepak Jepun sebagai satu tindakan yang betul bagi mencari pengalaman sebelum mencabar industri bola sepak disana.

Apakah kita akan menyaksikan pertembungan Jun Nishikawa dan Luqman Hakim dalam liga bola sepak Belgium? Semuanya mungkin terjadi tidak lama lagi.

AFC U16 2018 MVP x Top Goal Scorer!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka

“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”

Video Pengenalan Luqman Oleh KV Kortrijk Cetus Rasa Bangga Peminat Tempatan