Meskipun sentiasa diwarnai dengan pelbagai masalah, isu serta kontroversi setiap musim, namun saingan liga domestik iaitu Liga Super dan Liga Premier masih mendapat perhatian kebanyakan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial Twitter iaitu Nicolas Anil berkongsi satu statistik mengenai jumlah tontonan saingan Liga Super musim ini.

Menurut statistik yang dikongsikan, jumlah tontonan yang diperoleh saingan divisyen pertama liga bola sepak tanah air itu ialah sebanyak 77 juta dimana purata satu perlawanan ialah sebanyak 590,646 penonton.

Data untuk 77 juta tontonan ini diambil dari empat platform iaitu dari Unifi TV, Unifi Play TV, YouTube dan TV1 RTM.

Perlawanan yang mendapat jumlah tontonan tertinggi ialah perlawanan antara juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor dimana jumlah penonton yang dicatatkan ialah sebanyak 1.7 Juta.

Antara faktor utama jumlah tontonan ini berjaya dicapai ialah menerusi tayangan percuma di laman YouTube sekaligus meluaskan lagi tahap jangkauan kepada peminat dimana mereka tidak perlu bergantung kepada televisyen untuk menyaksikan perlawanan.

Tambahan, jumlah tontonan yang dicatatkan musim ini boleh dijadikan sebagai alat utama bagi menarik lebih banyak penaja pada musim hadapan sekaligus merancakkan lagi saingan Liga Malaysia.

Meskipun jumlah tontonan yang tinggi, masih belum pasti berapa jumlah hak penyiaran yang akan diperoleh pasukan yang bersaing dalam Liga Super.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Terengganu Bakal Jalani Dua Perlawanan Persahabatan

Pemain Muda Dari Terengganu II Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun

Bekas Pemain TRW Kelantan, Mario Arqués Sertai Newcastle Jets