Pep Guardiola sudah memenangi kesemua piala domestik bersama dengan City. Namun satu piala yang masih menjadi idaman Guardiola bersama dengan City adalah Liga Juara Juara Eropah.

Guardiola malah menyatakan bahawa UCL merupakan sasaran utama mereka sejak beberapa musim ini. Itu adalah satu satunya piala ya

Selepas beberapa kali terkandas di suku akhir, akhirnya Guardiola berjaya membawa City ke pentas final. Namun gol tunggal Havertz telah menafikan lagi UCL mereka.

Kali terakhir Guardiola memenangi piala yang digelar telinga capang / big ear itu adalah pada 2011 ketika bersama dengan Barcelona.

Guardiola kemudian menyertai Bayern Munich dan seterusnya ke Manchester City. Di Man City, Guardiola diberikan sokongan yang kuat oleh pemilik.

Dan sejak hari pertama beliau di City, Guardiola sudah membelanjakan hampir €1 billion. Ditolak dengan jumlah pemain yang beliau jual, maka jumlah perbelanjaan bersih Guardiola adalah €619.96 juta secara keseluruhan.

E2lnZ4PWEAQI9yB

Sebagai perbandingan, dalam tempoh yang sama, Man United berada di tangga kedua dengan €553.8 perbelanjaan bersih di tangga kedua. Jumlah perbelanjaan dan perbelanjaan bersih Man United lebih besar dari PSG.

Dari segi wang keluar yang digunakan untuk membeli pemain, Barcelona menjadi rajanya dengan €1.05 billion digunakan untuk membeli pemain. Namun mujur pada masa yang sama Barcelona mendapatkan €701.25 juta hasil penjualan pemain.

Polisi Chelsea yang cekap dalam menjual pemain yang tidak mahu menerima kontrak telah membantu merea mengurangkan beban perbelanjaan bersih. Juara Eropah itu hanya menanggung €286.48 juta perbelanjaan bersih. Hasil daripada penjualan yang mendapat €607.82 selepas membeli dengan €894.30.

E2lcsXXXIAg9wD

Perbelanjaan terbesar Chelsea adalah di bawah Frank Lampard dengan €220 juta. Dan boleh dikatakan perbelanjaan bersih Chelsea sebenarnya hanya menampung perpindahan besar besaran dibuat Lampard.

Berikut adalah data yang dikeluarkan oleh Transfermarkt.

oypndbr8a6271

Baca juga artikel

UCL: Guardiola Pertahan Kesebelasan Utama Bukan Punca Mereka Kalah

UCL: Gol Havertz Julang Chelsea Jadi Raja Eropah 2021

Previu Taktikal UCL: Pertarungan High Pressing Guardiola-Tuchel