Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Minggu lalu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan pemain kebangsaan, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

TMJ memberitahu perkara tersebut dalam satu temu bual bersama Astro Arena dimana Safawi akan menamatkan tempoh pinjaman beliau bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Malah, pengumuman kepulangan Safawi itu turut memberi impak besar pada media sosial rasmi Portimonense SC. Tinjauan di laman facebook kelab tersebut mendapati jumlah ‘likes’ mula menurun secara mendadak sebanyak 4.2 peratus atau lebih 6000 pengikut yang kebanyakannya merupakan peminat bola sepak tempatan.

Situasi itu menjadikan jumlah pengikut laman facebook tersebut kini berubah kepada 146,174 likes berbanding 152,450 likes pada minggu lepas.

fb insight

Walaubagaimanapun, para peminat bola sepak tempatan masih lagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka di ruang komen mengenai tindakan pasukan itu yang enggan menurunkan Safawi dalam mana-mana perlawanan utama walaupun 4 kali berada dibangku simpanan.

Safawi menyertai Portimonense secara pinjaman pada bulan Oktober lalu namun beliau bergelut untuk mendapatkan minit bermain bersama skuad utama.

Bekas pemain T-Team FC itu hanya sempat beraksi bersama skuad B-23 tahun dalam saingan Primeira Liga Portugal B-23, dimana beliau memperoleh minit bermain sebanyak 53 minit.

Laman instagram kelab penyokong Portimonense Malaysia turut dipadamkan

porti

Lebih mengejutkan, dua akaun media sosial kelab penyokong Portimonense S.C. cawangan Malaysia yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan padu kepada Safawi Rasid juga kini sudah tiada.

Sebelum ini, laman instagram portimonense_malaysiafan mempunyai lebih 12,000 followers dan sering menjadi rujukan peminat tempatan untuk mengikuti perkembangan Safawi. Kemungkinan juga akaun ini sudah dijual kepada pihak lain.

Manakala akaun laman facebook Portimonense S.C. Malaysia  masih wujud sehingga artikel ini ditulis dan mempunyai lebih 10,000 likes serta diciptakan tidak sampai 24 jam selepas kedatangan Safawi ke Portugal.

Baca artikel lain mengenai mengenai perkembangan Portimonense SC yang pernah dilaporkan dalam VOCKET FC sebelum ini. 

‘Seller’ Shopee Jual Jersi Portimonense SC RM627 Sehelai Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Portimonense Akhiri Rentetan Kekalahan, Masih Tiada Kelibat Safawi Rasid

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group