Baru-baru ini saingan Liga Malaysia dikejutkan dengan berita perpindahan yang melibatkan bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao yang dilaporkan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Umum diketahui bahawa Falcao merupakan pemain berprofil tinggi yang telah beraksi dalam beberapa liga terbaik di Eropah seperti LaLiga Sepanyol, Ligue 1 Perancis dan juga Liga Perdana Inggeris (EPL).

Radamel Falcao
Radamel Falcao. Sumber Gambar: Goal.com

Falcao beraksi bersama Galatasaray sejak musim 2019/2020 dan beliau merupakan antara pemain yang menerima gaji tertinggi di kelab Turki itu dimana pemain berusia 35 tahun itu menerima gaji sebanyak £103,000 seminggu atau RM603 Ribu seminggu.

Dalam satu musim, bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Colombia itu menerima gaji sebanyak £5,356,000 atau RM31.3 Juta, melebihi gaji tahunan beberapa bintang lain dalam pasukan seperti Sofiane Feghouli, Fernando Muslera dan Ryan Babel.

Sekiranya JDT serius mahu mendapatkan Falcao, maka mereka perlu memberikan gaji yang setara ataupun lebih baik kepada bekas pemain Chelsea dan AS Monaco itu kerana jika seseorang pemain mahu berhijrah ke liga lain, selain pengalaman perkara utama yang dicari ialah gaji yang lebih baik berbanding yang diterima ketika beraksi di kelab terkini.

Apatah lagi status Radamel Falcao yang dikenali sebagai penyerang yang mampu untuk menjaringkan banyak gol serta mempunyai reputasi yang tinggi di Eropah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Levy Madinda Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Gabon Hadapi Kelayakan Piala Dunia

Tomas Trucha: Tempat Ketiga Bukan Fokus Kami

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu