Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penyerang baharu beliau iaitu Hwang Hee-chan.

Setelah kehilangan Timo Werner yang berhijrah ke Chelsea pada jendela perpindahan kali ini, Leipzig menandatangani Hee-chan dari satu lagi kelab yang dimiliki oleh Red Bull iaitu Red Bull Salzburg.

Nagelsmann mengakui sukar untuk mencari pengganti kepada Werner yang telah menjadi senjata utama Leipzig sejak sekian lama. Namun, Hee-chan telah menampilkan prestasi terbaik sejak menyertai kelab itu.

“Hee-chan bukan jenis pemain yang boleh menjaringkan 35 gol semusim. Akan tetapi beliau sangat berbahaya dengan kelajuan dan juga larian yang dimiliki.

“Anda hanya perlu melihat kakinya. Dia sentiasa memberi kesukaran kepada barisan pertahanan lawan. Selain itu Hee-chan boleh mencipta peluang untuk rakan sepasukan.

“Beliau masih belum mencapai tahap 100 peratus, namun minggu ini dia berada dalam prestasi terbaik,” kata Julian Nagelsmann.

Julian Nagelsmann
Sumber Gambar: HITC

Pengarah Sukan RB Leipzig, Markus Krösche turut berkongsi perkara sama dimana beliau berpendapat Hee-chan mampu untuk menjadi antara penyerang terbaik kelab.

“Hee-chan sudah membuktikan bahawa dia mampu untuk beraksi di peringkat tertinggi. Beliau boleh beraksi dimana-mana posisi di bahagian serangan dan itu adalah kelebihan,” kata Marcus.

Baca artikel lain mengenai Hwang Hee-chan yang telah kami sediakan di sini:

RB Leipzig Tidak Menyangka Hwang Hee-chan Akan Menjadi Pengganti Timo Werner

Hwang Hee-chan Sah Sertai RB Leipzig, Bakal Sarung Jersi Nombor 11

Hwang Hee-chan Pilih Sertai RB Leipzig Berbanding Liverpool Dan Wolves