Pasukan JDT malam ini turun dengan misi utama untuk mengesahkan kejuaraan CIMB Liga Super 2020 seterusnya membolehkan mereka meneruskan dominasi 7 tahun berturut-turut dengan penuh bergaya.

Menentang pasukan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, semua tahu bahawa JDT hanya memerlukan 1 mata sahaja untuk menutup terus peluang pasukan lain mencabar kejuaraan.

Selepas tamat masa penuh, JDT berjaya menewaskan pasukan Sabah dengan keputusan 4-1 hasil jaringan dari Diogo (minit 38), Safawi Rasid (minit 56 dan 81) dan Leandro (minit 84).

120515640_4420145618057909_2465679505123586808_o

Walaupun Sabah memiliki beberapa peluang yang baik untuk mencipta 1 atau 2 lagi jaringan, mereka hanya mampu merapatkan jurang jaringan dengan 1 gol sahaja hasil sepakan lencong Dennis Buschening pada minit ke 74.

Kejuaraan CIMB Liga Super 2020 ini juga membolehkan pasukan JDT memastikan tempat mereka diperingkat kumpulan saingan AFC Champions League 2021 dan merupakan penyertaan mereka buat kali ke 3 berturut-turut dalam aksi bola sepak paling elit di Asia itu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan JDT!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Impian ZamSaham Untuk Bawa The Red Warriors FC Berhad Ke Bursa Malaysia Seawal Tahun 2025

Bakat Dikesan Ketika Berlari-Lari Di Koridor Kondominium, Takehiro Tomiyasu Kini Target Utama AC Milan

Portal Sukan Thailand Dedahkan Ejen Chanathip Songkrasin Hantar ‘Profile’ Ke Elche CF Dalam Saingan La Liga