Bintang Liverpool, Mohamed Salah telah menjawab kritikan yang dilemparkan kepadanya, hanya kerana komennya yang mahu menentang Real Madrid dalam aksi final.

Selepas tewas 3-4 kepada Manchester City pada perlawanan pertama separuh akhir, Real Madrid kemudian berjaya bangkit dan menang 3-1 pada perlawanan kedua. Hasilnya, Real Madrid layak secara agregat 6-5.

Di pentas final, Real Madrid akan berdepan dengan Liverpool. Perlawanan ulangan final pada 2018.

Namun sebelum aksi separuh akhir di antara Real Madrid dan Manchester City, pemain antarabangsa Mesir itu ditanya oleh wartawan, siapakah lawan di final yang beliau mahukan.

Mohamed Salah memilih Real Madrid kerana mahu membalas dendam kekalahan pada 2018. Salah ketika itu menyatakan bahawa jawapannya adalah jujur dan pilihan peribadinya.

Malangnya ada sesetengah pihak menganggap Mo Salah sebagai angkuh dan terlalu yakin mahu berdepan dengan Real Madrid.

Mo Salah kemudian menjelaskan keadaan: “Jika anda bertanya kepada semua orang di Liverpool, semua orang mahukan perlawanan ulangan tersebut.”

Salah kehairanan kenapa beliau dihentam hanya kerana membicarakan siapakah lawan yang beliau inginkan. Seterusnya, Salah menafikan bahawa dia memandang rendah Real Madrid.

Sebaliknya Salah berkata, dia mahu bertemu dengan Real Madrid kerana ianya sebuah kelab yang hebat dengan pemain pemain berkualiti.

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibenarkan bercakap mengenainya, tetapi saya boleh bercakap mengenainya – saya mahukan perlawanan itu! Saya mahu bermain Real Madrid,” kata Mo Salah.

“Sudah tentu, saya bukannya nak terlalu memuji mereka. Tetapi mereka adalah pasukan yang menakjubkan dengan jurulatih yang hebat dan memiliki pemain pemain pemain yang hebat.”

“Apabila mereka bertanya siapa yang saya mahu, saya berkata Madrid. Ia adalah jawapan yang mudah,” tambah Mo Salah.

Mo Salah sebelum ini dikeluarkan awal dalam aksi final UCL berdepan dengan Real Madrid. Di mana Liverpool tewas 1-3.

Salah ketika itu mengalami kecederaan itu kerana dijatuhkan oleh bekas kapten Real Madrid, Sergio Ramos.