Jude Bellingham dilaporkan sudah setuju dengan semua syarat dan terma peribadi kontrak ditawarkan Real Madrid.

Kini tinggal untuk proses melibatkan kedua dua kelab untuk mencari kesepakatan pada harga pemain itu.

Jude Bellingham dikaitkan dengan banyak kelab di Eropah terutama sekali kelab kelab dari England.

Ini termasuk Liverpool, Manchester United, Manchester City, Chelsea dan sebagainya.

Sebelum ini Borussia Dortmund berkeras hanya akan menjual Bellingham dengan harga €130 juta yang mencecah €150 juta secara pakej keseluruhan termasuk bonus.

Angka yang dianggap Liverpool terlalu mahal dan menarik diri.

Real Madrid kemudian hadir dengan tawaran mereka. Real Madrid melihat Bellingham sebagai calon pengganti utama Luka Modric di masa akan datang.

Real Madrid ketika ini dianggap satu satunya kelab yang sedang membuat rundingan secara proaktif dengan wakil Bellingham. Selepas tiada kelab lain yang mahu menuruti tuntutan harga oleh Borussia Dortmund.

Di pihak Jude Bellingham dia setuju untuk menyertai Real Madrid sejak 10 hari lalu.

Dia teruja dengan projek Real Madrid dan sedia untuk menyertai Los Blancos pada musim hadapan.

Bellingham dianggap memiliki segala ciri ciri pemain muda yang berpotens menjadi pemain berkelas dunia di masa akan datang.

Dia kini menjadi pemain utama untuk kelab dan negaranya.

Ketika ini Jude Bellingham fokus kepada usaha memburu kejuaraan Bundesliga bersama dengan Dortmund.

Seterusnya, Real Madrid turut berusaha mendapatkan Kylian Mbappe.

Walaupun pernah ditolak pemain itu sebelum ini, namun Florentino Perez tidak pernah berputus asa mahu mendapatkan Mbappe. 

Dan mahu menjadikan bintang Perancis itu sebagai bintang utama di Santiago Bernabeu menggantikan Karim Benzema yang semakin menuju ke fasa akhir kariernya.