Juara saingan V.League 1, Hanoi FC sepatutnya menerima 1 slot pusingan kelayakan 2 play-off AFC Champions League 2020, namun berdasarkan laporan media Vietnam pasukan itu kemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Naib juara Interzone AFC Cup 2019 itu dilaporkan tidak mempunyai pasukan bawah 15 tahun yang bersaing dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan dikatakan ini adalah sebab utama kepada perkhabaran Hanoi FC bakal terlepas slot AFC Champions League 2020.

Sekiranya kenyataan itu disahkan, pasukan Ho Chi Minh City (HCMC) yang merupakan pasukan standby untuk saingan AFC Champions League dari Vietnam akan turun menggantikan Hanoi FC.

Hasil pemerhatian, media Vietnam menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) membuat keputusan tersebut apabila pasukan Hanoi FC bawah 15 tahun tidak menyertai kejohanan bawah 15 tahun kebangsaan pada tahun 2019.

2 pasukan bawah umur iaitu B15 dan B17 kelab perlu menyertai kejohanan peringkat umur kebangsaan yang menjadi syarat wajib pertauran AFC Champions League.

mathias jadue

Bekas pemain pasukan PKNS FC, Matias Jadue kini beraksi bersama HCMC bakal turun beraksi dalam saingan AFC Champions League 2020 jika masih lagi kekal bersama pasukan tersebut musim hadapan.

Artikel padu lain yang menarik berkenaan pasukan Vietnam menjelang perlawanan dengan Malaysia Khamis nanti.

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Stesen Televisyen Vietnam Sanggup Belanja RM147 Juta Bagi Tayangkan Perlawanan Antara Vietnam Menentang Indonesia

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Sumber