Seperti yang telah diumumkan oleh FIFA sekitar hujung 2017 yang lalu, mereka telah mengeluarkan satu peruntukan berjumlah USD791 juta (RM3.14 billion) yang merangkumi hadiah kemenangan, bayaran kepada kelab serta insuran pemain-pemain yang beraksi di Piala Dunia.

Daripada jumlah itu, sebanyak USD400 juta (RM1.59 billion) adalah untuk dibahagikan kepada semua 32 pasukan yang bertanding mengikut keputusan mereka dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Bagi pasukan yang muncul juara untuk edisi 2018 ini, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD38 juta atau RM151 juta!

World_Champion_Germany

Bagaimana FIFA Membahagikan Peruntukan RM3.14 billion?

Jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan bagi edisi 2014, kejohanan di Russia kali ini telah meningkat sebanyak 40%, dimana hanya USD564 juta (RM2.24 billion) sahaja diperuntukan ketika ia berlangsung di Brazil.

Untuk edisi 2018 ini, FIFA telah menetapkan bahawa USD400 juta (RM1.59 billion) sebagai hadiah wang tunai kepada 32 pasukan bertanding, USD209 juta (RM831 juta) pula diperuntukan bagi bayaran pampasan kepada kelab yang melepaskan pemain mereka untuk beraksi di Piala Dunia atau dikenali sebagai ‘Club Benefit Programme’.

World Cup prize money history

Baki USD134 juta (RM533 juta) dari jumlah besar adalah khas untuk melindungi pemain-pemain yang mengalami kecederaan ketika beraksi sepanjang kejohanan Piala Dunia berlangsung.

Cara Pembahagian Hadiah Wang Tunai Kepada 32 Pasukan Bertanding

Jadual dibawah menunjukkan bagaimana hadiah wang tunai berjumlah USD400 juta (RM1.59 billion) diberikan kepada 32 pasukan bertanding mengikut prestasi mereka dalam kejohanan.

Persediaan 32 pasukan: Setiap pasukan bertanding akan menerima USD1.5 juta (RM5.96 juta) sebagai bayaran untuk membuat persediaan menjelang kejohanan utama.

Peringkat Kumpulan: Setiap pasukan akan menerima USD8 juta (RM31.8 juta)

Peringkat 16 terbaik: Pada peringkat ini, 8 pasukan yang kalah akan menerima USD4 juta (RM15.9 juta), menjadikan jumlah keseluruhan wang yang diterima kepada USD12 juta (RM47.7 juta).

Bagi 8 lagi pasukan yang lolos ke peringkat suku akhir, hadiah wang tunai akan ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan seterusnya.

Suku Akhir: Dari 8 pasukan yang layak, 4 pasukan yang kalah akan menerima USD16 juta (RM63.6 juta).

Manakala bagi pasukan yang layak ke separuh akhir pula, jumlah wang yang akan diterima bergantung kepada dimana mereka akan menamatkan kejohanan ini samada di tempat ke 4, ke 3 , naib juara atau juara.

jjj

Tempat ke 4: Pasukan yang berada di kedudukan ke 4 terbaik akan menerima USD22 juta (RM87.5 juta)

Tempat ke 3: Bagi pasukan dikedudukan ke 3 terbaik pula akan menerima sebanyak USD24 juta (RM95.5 juta).

Naib Juara: Untuk pasukan yang tewas dalam perlawanan akhir, mereka akan membawa pulang wang berjumlah USD28 juta (RM111 juta).

Juara: Manakala bagi pasukan yang muncul juara, mereka akan menerima habuan berjumlah USD38 juta (RM151 juta).

Dalam edisi yang lalu di Brazil, juara dan naib juara menerima kurang USD3 juta berbanding edisi 2018 yang akan berlangsung di Russia.

Sumber