Saingan CIMB Liga Super 2020 kini semakin hampir ke penghujungnya. Penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan perjalanan liga domestik sekaligus memaksa Malaysia Football League (MFL) memperkenalkan format baharu yang dijalankan secara separuh liga (11 perlawanan).

Berdasarkan kedudukan semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang dinobatkan sebagai juara liga super lebih awal dengan syarat mereka mengutip 3 mata penuh ke atas PJ City malam ini.

Namun, ia juga bergantung kepada keputusan perlawanan Kedah menentang Pahang dan Perak menentang Felda United. Kekalahan Kedah dan Perak kepada lawan masing-masing akan mengesahkan JDT selaku juara liga super buat kali ketujuh berturut-turut.

Skuad Helang merah kini berada di kedudukan kedua dengan 16 mata dan mereka masih konsisten mencatat kemenangan ke 4 berturut-turut manakala Perak mengekori rapat dan hanya dibezakan dengan dua mata dengan Kedah.

EicoNSQUwAA97lF (1)

Tinggal baki 3 lagi perlawanan, semua pasukan daripada kedudukan kelapan hingga keempat liga masih berpeluang merebut tempat kedua iaitu slot ke AFC Cup 2021.

Bahaya sedang menanti 3 pasukan iaitu Felda United, PJ City dan juga Sabah kerana mereka berisiko diturunkan ke saingan Liga Premier pada musim depan jika gagal mengutip sebarang mata dalam baki perlawanan yang seterusnya.

Ketua jurulatih PJ City, K. Devan, tidak menafikan yang mereka berada dalam keadaan terdesak mencari kemenangan dan sedia leburkan rekod tanpa kalah JDT untuk elakkan zon penyingkiran.

“Sudah tentu jika rekod pertemuan lalu dijadikan ukuran, pemain saya pasti bermotivasi untuk hadapi perlawanan ini biarpun saya tidak nafikan kelebihan adalah kepada JDT.

“Kami tiada pilihan lain perlu dapatkan tiga mata dalam perlawanan ini untuk jauhkan diri daripada zon penyingkiran dan kami tidak akan turun bermain secara bertahan sahaja walaupun tahu lawan adalah pasukan terbaik dalam liga jika disentuh aspek serangan.

“Jika kami memilih untuk bertahan, cara ini tidak akan membantu pasukan sebaliknya kami perlu kurangkan kesilapan ketika lakukan serangan dan semua pemain perlu tanamkan minda untuk bermain secara menyerang, ” katanya dipetik dalam facebook MFL.

Manakala pasukan PDRM masih kekal di tangga tercorot serta hampir pasti diturunkan ke Liga Premier 2021 setelah gagal mengutip sebarang kemenangan dan hanya mampu mencatat 2 keputusan seri selepas 8 perlawanan. Malah, mereka juga dikenakan hukuman pemotongan 3 mata akibat masalah tunggakan gaji.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Pusat Latihan Berbumbung Milik The Red Warriors Bakal Dibina Dengan Bajet RM10 Juta

FAP Dapat Kelulusan Daripada SSM Untuk Guna Nama Penang Football Club

Michael Feichtenbeiner Terapkan DNA Baharu Dalam Skuad Gergasi Merah