Perlawanan pra-musim bagi pasukan juara liga Kemboja 2019, Preah Khan Reach Svay Rieng FC bermula dengan cukup cemerlang apabila menumpaskan pasukan Selangor 4 gol tanpa balas.

Semua gol bagi pasukan Preah Khan Reach Svay Rieng dijaringkan oleh Privat pada minit ke 10, Mony Udorn minit ke 13, Krya minit ke 32 dan Phalin pada minit ke 42.

Kelab bola sepak yang berpangkalan di Svay Rieng berdekatan sempadan Kemboja dan Vietnam (Ho Chi Minh) itu tiba di Kuala Lumpur semalam dalam rangka perlawanan pra-musim bertemu 3 pasukan liga Malaysia iaitu Selangor, Felda United dan juga pasukan Terengganu FC.

Namun, tidak dapat dipastikan skuad Selangor yang mana terlibat dengan perlawanan semalam, kerana tiada butiran lanjut diberikan. Tetapi berdasarkan gambar dibawah, beberapa pemain utama pasukan Selangor ada di Stadium Selayang.

81893594_2700312503380018_5177520871316652032_n

Dalam musim 2019 yang lalu, pasukan ini berjaya muncul juara saingan Metfone Cambodian League, selepas berjaya mengatasi pasukan Visakha FC seterusnya layak ke saingan play-off kejohanan AFC Cup 2020.

Perlawanan seterusnya adalah bertemu pasukan Felda United yang akan berlangsung pada 11 Januari 2020 di padang USIM, Nilai dan perlawanan terakhir bertemu Terengganu FC di UM Arena pada 13 Januari 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Kedah Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Kemboja

PJ City Sah Sertai Siem Reap Super Asia Cup 2020 Di Kemboja