Kelab Preah Khan Reach Svay Rieng FC, sebentar tadi baru sahaja menamatkan perlawanan kedua mereka menentang Felda United dalam siri jelajah pra-musim 2020.

Selepas menumpaskan pasukan Selangor FA 2 hari yang lalu, skuad yang berpangkalan di Svay Rieng, Kemboja itu telah mengalahkan Felda United dengan keputusan 2-1 yang berlangsung di padang USIM, Nilai.

Pasukan Felda United berjaya mendahului dengan kelebihan 1 gol tamat separuh masa pertama, hasil jaringan pemain dari Jepun, Megumi pada minit ke 6.

F109F02C-4D1E-4521-80A7-FB5B08FD7F59

Namun, skuad bimbingan Conor Nestor itu bangkit dengan menjaringkan 2 gol pada babak kedua perlawanan yang dijaringkan oleh Many Udom (minit ke 76) dan Phallin (minit ke 85), dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad Svay Rieng itu akan bertemu pasukan Terengganu FC pula selepas ini yang dijadualkan akan berlangsung di UM Arena pada 13 Januari 2020, jam 8.45 malam.

Svay Rieng FC merupakan wakil tunggal kelab Kemboja yang akan turun beraksi dalam pusingan play-off kejohanan AFC Cup 2020 bertemu pasukan Master7 FC dari Laos pada 22 dan 29 Januari nanti.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Juara Liga Kemboja Tewaskan Selangor 4-0 Dalam Perlawanan Pra-Musim Di Stadium Selayang

Hatrik Kpah Sherman ‘Bungkus’ Boeung Ket FC Dalam Perlawanan Persahabatan Pra-Musim Di Kemboja

PJ City Sah Sertai Siem Reap Super Asia Cup 2020 Di Kemboja

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group