Masalah kewangan yang melanda juara Liga Premier Hong Kong 2019, Wofoo Tai Po FC memaksa kelab itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan liga musim ini dan juga AFC Cup 2020 pada minggu lepas.

Pada pertengahan April lalu, penaja utama kelab itu, HONGDA gagal menunaikan janji untuk memberikan sumbangan penajaan sehingga menyebabkan kelewatan bayaran gaji pemain dan jurulatih sejak bulan Februari.

Sumber daripada Offside HK menyatakan Pengerusi kelab, Gary Choy telah meminjamkan  $2 Juta kepada pihak kelab. Namun, ia hanya cukup untuk menampung 60 peratus gaji pemain untuk bulan Mac.

Tai Po juga mengesahkan telah berunding dengan penaja baharu pada bulan lepas tetapi kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bersama. Justeru itu, pihak pengurusan tiada pilihan lain dan terpaksa mengumumkan penarikan diri dalam semua pertandingan pada tahun ini.

Kelab ini juga tidak dapat melakukan penampilan pertama dalam saingan AFC Cup setelah tewas 1-5 kepada kelab dari Malaysia, Kedah dalam pusingan kedua Kelayakan AFC Champions League 2020.

60517039_2244149752331633_3339888533555904512_o
Tai Po FC

Keputusan penarikan diri itu turut menyaksikan ketua jurulatih, Fung Hoi-man meletak jawatan kerana kegagalan pihak pengurusan melangsaikan tunggakan gajinya.

Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) juga memberi masa selama 2 minggu kepada Tai Po FC untuk membuat keputusan sama ada mereka akan bertanding dalam saingan liga musim depan atau tidak.

“Kami akan menunggu jawapan rasmi daripada Tai Po FC sehingga pertengahan bulan Jun ini. Musim baharu akan bermula selepas tamat baki beberapa perlawanan pada tahun ini.

“Jika mereka memilih untuk tidak meneruskannya, kami akan masukkan pasukan daripada divisyen 2 untuk mengisi kekosongan kelab itu.

“Kami faham kesukaran yang sedang dialami oleh kelab itu dimana mereka bergantung pada dana daripada pihak penaja. Wabak pandemik yang telah menyebabkan penaja tidak dapat memberi sumbangan seperti yang dijanjikan,” kata Pengerusi Jawatankuasa kelab HKFA, Pui Kwan-kay.

Selain Tai Po FC, tiga lagi kelab yang turut menarik diri ialah Pegasus, BC Rangers dan Best Union Yuen Long selepas mengharungi 7 perlawanan dalam saingan Liga Premier Hong Kong 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Hong Kong melalui pautan dibawah.

Bekas Pemain Pahang Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Kelab Hong Kong, KC Southern FC

COVID-19: Tiga Kelab Umum Tarik Diri, Liga Hong Kong Kini Hanya Tinggal Tujuh Pasukan

Semua Pemain Kitchee SC Dikuarantin Selepas Kakitangan Kelab Positif COVID-19