Juara bertahan acara bola sepak Sukan SEA, Thailand, turut mengalami nasib yang sama dengan skuad Malaysia apabila sah tersingkir diperingkat kumpulan apabila hanya mampu berada dikedudukan ke 3 kumpulan B selepas seri 2-2 bertemu pasukan Vietnam.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Thailand pada awal permainan memperolehi kelebihan 2 gol namun gagal mempertahankan kedudukan itu apabila membenarkan anak buah Park Hang-seo menyamakan kedudukan termasuk 1 sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi.

Dengan keputusan seri tersebut, membolehkan ketua jurulatih Vietnam dari Korea Selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalahnya dirantau Asia Tenggara sehingga sekarang.

79292857_2846332705431417_3423113394750750720_o

Sebuah lagi pasukan dari kumpulan B yang melayakkan diri ke saingan separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2019 adalah pasukan Indonesia yang muncul sebagai naib juara kumpulan dan akan bertemu dengan juara kumpulan A iaitu pasukan Myanmar yang dibimbing oleh Velizar Popov.

Pasukan yang sedang meningkat naik, Kemboja dijadualkan akan bertemu dengan pasukan Vietnam yang masih memburu pingat emas pertama bola sepak di Sukan SEA.

Bagi pasukan Kemboja yang buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA layak ke saingan separuh akhir pula pasti akan memberikan saingan sengit kepada Vietnam dan tidak mustahil akan melakukan upset keatas skuad Park Hang-seo.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

Sukan SEA 2019: Kemboja Hantar Malaysia Balik Awal

Park Hang-seo Anggap Temasya Sukan SEA Satu Kejohanan Yang Mencabar