Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyatakan kedua-dua pihak akan berusaha untuk merealisasikan sistem jualan tiket secara online 100% serta tiket yang mengikut nombor tempat duduk, dalam satu sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Perbincangan mengenai perkara tersebut memerlukan masa yang lebih bagi memastikan semua aspek penjualan dan operasi perlawanan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Mengenai penjualan tiket mengikut nombor tempat duduk, FAM dan PSM menjelaskan bahawa ia juga masih dalam peringkat perbincangan berhubung cara operasinya.

presence-scanning-ticket-221

Walaupun belum ada sebarang perjanjian dengan pihak yang akan mengendalikan sistem berkenaan, Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes bertegas proses pemilihan pemegang tender sedang dilakukan.

“Saya tidak boleh nyatakan sekarang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAM dan PSM di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pemeriksaan keselamatan di pintu masuk stadium pula akan menggunakan alat pengimbas pengesan logam (metal detector scanner) dan alat pengimbas tangan (hand held scanner) serta laluan ekspres bagi penyokong yang tidak membawa beg akan diperkenalkan bagi memastikan aliran masuk penyokong ke stadium berjalan dengan lebih lancar.

Kedua-dua inisiatif ini akan cuba dilancarkan menjelang perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 / Piala Asia China 2023 bertemu UAE pada 10 September ini.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group