Jualan jersi pemain kacukan negara, Kobe Chong nyata mendapat sambutan hangat daripada peminat kelab yang baru disertainya baru-baru ini iaitu Peterborough United.

Perkara ini dikongsikan oleh The Posh Club Shop yang merupakan laman media sosial Twitter rasmi yang menjual segala merchandise termasuk jersi Peterborough United.

Menurut The Posh Club Shop, pesanan bagi jersi Kobe yang memakai nombor 36 nyata mendapat sambutan hangat daripada peminat sekaligus menunjukkan ketibaan pemain berusia 19 tahun itu diterima dengan baik oleh peminat.

Kobe sah menyertai Peterborough United dengan kontrak selama satu musim yang akan tamat pada 30 Jun 2022 dan beliau mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi sekiranya menampilkan prestasi terbaik.

Kobe menjaringkan dua gol dalam beberapa perlawanan persahabatan ketika sesi ujian beliau dan pengurus skuad akademi, Kieran Scarff menyifatkan pemain itu sebagai satu rekrut yang baik bagi pasukan.

“Kobe mempunyai latar belakang yang menarik. Kobe pernah beraksi di Itali ketika usianya 15 hingga 17 tahun. Kami melihat beliau mempunyai potensi dan kami mahu melihat apa yang dia mampu lakukan dalam tempoh semusim. Kobe merupakan satu contoh rektut baik yang dilakukan oleh kelab,” katanya.

Kobe Chong bakal diletakkan dalam skuad B-23 tahun Peterborough dan beliau dilihat mampu untuk menampilkan prestasi terbaik ekoran mempunyai pengalaman luas dengan beraksi bersama beberapa pasukan sebelum ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Van Gaal Tembak Wartawan Yang Cadangkan Agar Belanda Bermain 5-3-2 Defensif Macam Chelsea

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun

Roberto Mancini: Mario Balotelli Telah Mengecewakan Semua Orang