Kemelut pemilikan pasukan Perak kini telah berakhir apabila sebuah syarikat iaitu JR Resources telah sah menjadi pemilik baharu pasukan itu.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Media & Communication Sdn Bhd (IMC), Muhammad Yunus Zakariah dimana proses pengambil alihan akan selesai dalam jangka masa terdekat.

“Ya saya dapat sahkan yang syarikat JR Resources akan menjadi pemilik baru Perak FC. Ketika ini kami sudah hampir mencapai kata putus untuk proses pengambil alihan yang dijangka akan diketahui pada hari ini,” katanya menurut laporan Harimau Malaya.

Perak
Sumber Gambar: Perak

Sebelum ini, IMC bersetuju untuk melepaskan pasukan itu kepada pemilik baharu tanpa sebarang dokumen mengenai proof of funds ekoran desakan kuat daripada peminat yang mahu pasukan segera diambil alih oleh pemilik baharu.

“Kami dah kena tekan dengan penyokong semua yang berasa yakin dengan bakal pembeli ni, tambahan pula mereka (bakal pembeli) juga dah jumpa pihak MFL (Malaysian Football League). Apa yang kami tahu adalah peminat desak kami untuk lepaskan, dan mereka cakap bakal pembeli baharu ini lebih layak

“Jadi saya rasa lebih baik kami serahkan saja walaupun mereka tak serahkan proof of funds. Mungkin kami akan cadang untuk teruskan dengan pengambilalihan,” kata Yunus menurut laporan Majoriti.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam sebelum ini mendedahkan Perak kini berdepan risiko untuk disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia 2022 sekiranya gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pada 31 Mac lalu.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah itu mempunyai dua isu kewangan yang perlu diselesaikan melibatkan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan pada musim 2021 dan juga musim 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Jaringan PJ City Disahkan ‘Offside’, Sri Pahang Kerugian Mata Dalam Dua Perlawanan Berturut-Turut

Aksi Bertenaga Ditampilkan Terengganu Dapat Pujian Benjamin Mora

Safuwan Baharudin: Saya Akan Pertahankan Rakan Sepasukan Bila-Bila Masa