Jose Mourinho telah panas hati dengan media sosial pasukan Arsenal yang ‘troll’ kekalahan Spurs di tangan Sheffield United.

Di mana pasukan bimbingan Jose Mourinho kalah 1-3 di tangan Sheffield sedangkan Arsenal pula mencatatkan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Chris Wilde itu.

Segalanya bermula daripada satu post oleh facebook Arsenal yang berkapsyenkan:

“Bukannya mudah nak menewaskan Sheffield United di Bramall Lane. Ini peringatan bagaimana ia dilakukan.”

Lalu Mourinho menyatakan kemarahannya dengan perlekehan itu. Mourinho troll balik Arsenal dengan menyatakan bahawa pasukan jiran mereka itu jelas tidak ada banyak perkara untuk diraikan, maka mereka meraikanlah kekalahan pasukan lain.

Sedangkan Arsenal sendiri pun sedang bergelut, menurut beliau lagi.

Jose Mourinho berkata: “Kamu menikmati masalah yang menimpa orang lain ketika kamu pun dalam masalah.”

“Dan akhirnya kamu bercakap lebih banyak tentang mereka.”

“Mereka tak ada banyak perkara untuk diraikan, jadi mereka akan cari apa saja kesempatan untuk melakukannya.”

Pada ketika ini, kedua dua kelab di Utara London itu sedang bergelut untuk menempatkan diri, walaupun untuk slot Eropah sekalipun.

Namun kini, Arsenal berada di atas Spurs pada carta liga. Skuad bimbingan Mikel Arteta itu berada di tangga ke-7 dengan 49 mata.

Sementara itu Spurs pula berada di tangga kesembilan pada carta liga dengan 45 mata, namun masih ada satu perlawanan kurang berbanding Arsenal.

Ini bukanlah pertama kali Mourinho menembak Arsenal dengan kenyataan panas di dalam kariernya.

Sebelum ini sudah ada beberapa siri serangan verbal dilakukan beliau ke atas The Gunner.

Pada ketika ini Jose Mourinho masih bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik bersama dengan Spurs.

Baca juga perkembangan lain

Kenapa Mourinho Tak Pakai Ndombele?

RASMI: Leroy Sane Milik Bayern Kerana Mahu Juarai UCL

Klopp Beri Amaran Kepada Pemain Agar Tidak Mengejar Rekod City Dan Sunderland