Jose Mourinho yang mula mencipta nama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada musim 2004/05 menganggap tidaklah menjadi satu kesukaran untuk membimbing kelab dari London tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan Mourinho ketika menjawab pertanyaan wartawan dalam memberikan komen tentang kehadiran pengendali kelahiran Jerman, Thomas Tuchel yang dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea susulan pemecatan Frank Lampard pada 25 Januari lalu.

Selain mengambil contoh dirinya telah memenangi beberapa kejuaraan bersama bekas kelab bimbingannya itu, beliau turut melihat ada pengurus lain sebelum ini yang menjadi antara tunjang kekuatan Chelsea dalam meraih gelaran juara liga.

Sehubungan dengan itu, Mourinho melihat Tuchel juga mempunyai peluang terbaik untuk membantu Chelsea memenangi kejuaraan liga.

“Saya tidak merasakan sangat sukar untuk bergelar jurulatih di Chelsea kerana saya pernah tiga kali bergelar juara liga di sana, [Carlo] Ancelotti juga pernah merasainya, Antonio Conte juga seorang juara.”

“Siapa lagi? Perkara itu bukanlah sangat sukar untuk dilakukan bersama Chelsea kerana kami pernah memenanginya di sana,” ujar Mourinho menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Saya percaya Chelsea sentiasa mempunyai pemain hebat dan skuad luar biasa serta jurulatih yang gembira untuk bekerja dengan kelab tersebut, bersama para pemain yang memberikan anda  peluang yang baik untuk cuba memenangi gelaran.”

”Cabaran utama buatnya ialah untuk bekerja dalam liga terbaik di dunia. Liga kami pada ketika ini adalah yang paling mencabar.”

“Tuchel datang daripada sebuah liga yang anda tidak boleh bandingkan dengan Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi dia sudah biasa bekerja dengan pemain berkaliber tinggi, biasa dengan bilik persalinan yang penuh dengan pemain penting. Dia akan mampu untuk menyesuaikan diri dengan kelab seperti Chelsea,” tambah Jose Mourinho lagi.

Bersama Chelsea, Mourinho berjaya menjulang kejuaraan EPL bagi musim 2004/05, 2005/06 dan 2014/15. Selain itu, beliau juga memenangi tiga gelaran juara Piala Liga [2004/05, 2006/07 & 2014/15] dan Piala FA 2006/07.

Mourinho dan anak buahnya akan berhadapan dengan Chelsea pada awal pagi esok dalam misi untuk kembali mencatatkan kemenangan dalam kempen liga selepas tunduk di tangan Brighton pada aksi minggu lalu.

Dua kelab London itu juga terikat dengan 33 mata tetapi Tottenham yang masih kekurangan satu perlawanan berada di tangga ketujuh berikutan kelebihan perbezaan jaringan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Jurgen Klopp: Pemain Kami Tidak Cukup Segar Fizikal Dan Mental

https://www.vocketfc.com/kitman-wira-yang-tak-didendang-buat-pasukan-bola-sepak/

Antonio Rudiger Tepis Dakwaan Sebabkan Lampard Dipecat

Sumber