Jose Mourinho sudah mengalami sindrom musim ketiga yang kronik dalam kariernya sebelum ini. Dan terbaru, beliau dilaporkan bakal berdepan pemecatan jika gagal mencapai KPI pada musim ini.

Mourinho mendapat tekanan yang hebat selepas permulaan cemerlang mereka musim ini. Spurs tersingkir daripada UEL di tangan Dinamo Zagreb selepas membawa bekalan aregat 2-0. Entah bagaimana mereka boleh kalah 3-0 pada perlawanan kedua.

Spurs dimalukan oleh Zagreb menerusi gol hatrik oleh Mislav Orsic pada aksi timbal balik. Kegagalan itu telah menghapuskan salah satu talian hayat ke UCL pada musim hadapan.

Mourinho kini diminta memberikan sesuatu kepada Spurs untuk baki musim ini, Keutamaan adalah kelayakan ke UCL. Jadi cuma ada satu opsyen Mourinho sekarang iaitu menamatkan saingan di 4 teratas.

Walaupun Spurs menang Piala Carabao sekalipun pun pada bulan hadapan menentang Man City di final, ianya masih belum cukup untuk menyelamatkan The Special One jika gagal ke UCL.

Ketika ini Spurs dibezakan 6 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.

Segelintir penyokong Spurs kurang berpuas hati dengan pendekatan pragmatik dan defensif Mourinho dalam beberapa perlawanan. Walaupun mereka ada kualiti serangan yang sangat bagus.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy menjadikan pengurus berusia 33 tahun Leipzig, Julian Nagelsmann sebagai sasaran utama jika Mourinho dipecat.

Namun pampasan pemecatan Mourinho sangat tinggi. Dilaporkan Spurs perlu membayar £35 juta pampasan jika memutuskan untuk memecat The Special One sebelum kontraknya berakhir.

Ia angka yang sangat tinggi pada ketika Spurs berdepan dengan krisis ekonomi kerana wabak melanda dunia ketika ini. Spurs malah terpaksa membuat pinjaman daripada kerajaan untuk membantu menampung kos operasi kelab.

Baca juga perkembangan lain

Tuchel: Semua Pasukan Takut Nak Jumpa Chelsea Sekarang

Tersingkir Selepas Bawa 2 Gol Agregat, Mourinho Kecam Sikap Pemain Spurs Yang Menyedihkan

Box To Box Midfielder: Pemain Hampir Sempurna Dalam Padang