Bekas pemain Arsenal, Jose Antonio Reyes, dilaporkan sah berhijrah ke China untuk menyertai sebuah kelab tercorot dalam China League One, Xinjiang Tianshan Leopard secara percuma dari Cordoba CF, kelab yang beraksi dalam Segunda Division di Sepanyol.

Kelab Xinjiang Tianshan Leopard ini terletak di satu kawasan terpencil utara China bersempadan dengan Mongolia dan juga Kazakhstan.

 

Pihak Xinjiang Tianshan Leopard telah mengumumkan secara rasmi ketibaan Reyes melalui laman sosial Weibo, mereka dilihat menaruh harapan yang cukup tinggi kepada Reyes untuk  menjaringkan gol dalam saingan China League One itu.

2018-06-10_11-05-38

Ini adalah kerana, Xinjiang Tianshan Leopard masih gagal menang dalam sebarang perlawanan liga selepas 13 perlawanan berlangsung, mengutip 5 mata dari 5 seri tanpa sebarang kemenangan, menjaringkan 4 gol sahaja dan bolos 20 kali!

Debut pemenang medal kejuaraan UEFA Europa League sebanyak 5 kali itu bersama Xinjiang Tianshan Leopard paling awal akan berlaku selepas tamat kejohanan Piala Dunia 2018 disebabkan 2 liga divisyen teratas di China dihentikan sepanjang kejohanan itu berlangsung di Russia.