Baru-baru ini, Liga Malaysia digemparkan dengan khabar angin mengenai bekas pemain bintang Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz yang dikatakan bakal kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Dua pasukan iaitu Sabah dan Kedah disebut sebagai destinasi untuk Diaz setelah pemain itu memuat naik satu post di Instagram Story miliknya dimana nama kedua-dua pasukan disebut.

Namun, menurut satu pendedahan oleh Masharakat Bola di laman media sosial Facebook, salah seorang peminat telah menghantar pesanan kepada Diaz di Instagram bagi menanyakan sama ada beliau menyertai pasukan Kedah atau sebaliknya.

Diaz serta-merta menafikan khabar angin yang mengatakan beliau bakal menyertai pasukan Sabah ataupun Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan tujuan sebenar beliau memuat naik post tersebut ialah kerana mahu mencari destinasi untuk bercuti dan kedua-dua negeri itu menjadi pilihan.

Jorge Pereyra Diaz
Sumber Gambar: Pagina Siete

Kali terakhir Jorge Pereyra Diaz beraksi di Malaysia ialah ketika menyarung jersi Johor Darul Ta’zim pada awal musim 2018. JDT kemudiannya mengumumkan Diaz bukan lagi pemain mereka setelah menghilangkan diri daripada hotel ketika persiapan perlawanan Piala AFC menentang salah sebuah kelab dari Vietnam.

Dia kemudiannya membawa diri dengan pulang ke Argentina dan seterusnya berhijrah ke Bolivia dimana beliau beraksi bersama Lanus dan Bolivar.

Baca artikel lain mengenai Jorge Pereyra Diaz di sini:

Jorge Pereyra Diaz Kembali Ke Liga Malaysia?

Bekas Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz Bantu Bolivar Menangi Liga Bolivia