Ejen kepada Ansu Fati, Jorge Mendes kecewa dengan Xavi setakat ini. Beliau menuduh pengurus Barcelona itu gagal untuk menguruskan kliennya itu dengan sebaiknya terutama sekali dari segi minit permainan.

Selain itu Mendes juga merasakan bahawa Xavi tidak menunjukkan sebarang projek yang jelas dan berkeseinambungan ke atas bakat seperti Ansu Fati. Jorge Mendes mempersoalkan tentang kegagalan pembangunan yang lebih berterusan di bawah Xavi.

Ansu Fati digembar gemburkan sebagai pengganti Lionel Messi di Barcelona. Dia diberikan jersi no.10 oleh Blaugrana.

Barcelona sebelum ini pernah menolak banyak tawaran daripada kelab lain yang mahu mendapatkan Ansu Fati kerana menganggap pemain itu adalah prospek masa depan yang cerah di Barca.

Jorge Mendes kecewa xavi ansu fati lewandowski

Namun beberapa siri kecederaan membuatkan pemain itu kekurangan minit permainan. Ketika dia pulih, Xavi pula lebih berhati hati dalam menguruskan pemain yang baru cergas.

Selain itu Xavi juga dikatakan tidak mahu meletakkan bebanan yang terlalu tinggi kepada pemain berusia 19 tahun itu. Ini ditambah dengan hakikat bahawa Ousmane Dembele sedang berada di prestasi terbaiknya musim ini.

Jorge Mendes kecewa dengan Xavi, dan tidak gembira dengan cara pengurus tersebut, kerana merasakan bahawa Ansu Fati berhak mendapat lebih banyak minit permainan demi pembangunan kariernya.

Selain itu Mendes juga dikatakan sudah menerima rungutan daripada Ansu Fati bahawa dia mengidamkan lebih banyak minit permainan, yang ketika ini dia tidak dapat di Barca.

Oleh itu Mendes memberikan amaran kepada Barcelona agar kelab itu tidak memandang remeh tentang beberapa tuntutan daripada pihak mereka. Atau kelab itu akan kehilangan pemain tersebut.

Mendes tidak menolak bahawa Ansu Fati kemungkinan akan angkat kaki jika keadaan berterusan di mana dia terus gagal mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Seterusnya, projek Xavi ketika ini dilihat tidak berteraskan pemain seperti Ansu Fati. Mendes kecewa dengan projek Xavi dan merasakan ada banyak kelab lain yang sedia membina projek berteraskan Ansu Fati.

Keadaan ini pastinya akan diberikan perhatian sepenuhnya oleh Xavi. Kerana sudah tentunya dia tidak mahu kehilangan Ansu Fati kepada mana mana kelab lain.