Ketua jurulatih skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jorge Luis Pinto memanggil seramai 29 pemain termasuk tiga pemain naturalisasi bagi menyertai kem latihan pusat sekaligus menghadapi perlawanan persahabatan pada bulan ini.

Kem latihan pusat akan berlangsung selama 10 hari dan UAE akan menghadapi Uzbekistan dalam satu perlawanan persahabatan bagi menggantikan perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang ditunda ke tahun hadapan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Jorge Luis memanggil Fabio de Lima, Caio Canedo dan Sebastian Tagliabue bagi memperkuatkan pasukan namun beliau menyisihkan beberapa pemain bintang lain seperti Omar Abdulrahman ekoran masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami sekaligus dianggap tidak bersedia.

Jorge Luis Pinto

Sebastian Tagliabue. Sumber Gambar: The National

Selain memanggil pemain naturalisasi untuk memperkuatkan jentera serangan, Jorge Luis turut memanggil penjaring dua gol ketika UAE menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu, Ali Mabkhout dalam senarai kali ini.

Bagi baki perlawanan peringkat kelayakan, UAE akan berdepan Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam. Aksi menentang Malaysia Malaysia, Thailand dan Vietnam akan berlangsung di laman sendiri manakala perlawanan menentang Indonesia akan berlangsung di laman lawan.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil:

Penjaga Gol:

Ali Khasief, Khalid Essa, Adel Al Hossani.

Pertahanan:

Mohammad Barghash, Abdul Aziz Haikal, Khalifa Al Hammadi, Mohammad Marzouq, Esmail Ahmad, Walid Abbas, Faris Juma.

Pemain Tengah:

Yousuf Jaber, Salim Rashid, Khamis Esmail, Majeed Surour, Tariq Ahmad, Mohammad Al Attas, Ahmad Barman, Fabio de Lima, Jassim Yaqoub, Bandar Al Ahbabi, Khalfan Mubarak, Khalid Bawazeer, Tahnoun Al Za’abi, Khalid Al Hammadi, Caio Canedo, Harib Abdullah Suhail.

Penyerang:

Ali Mabkhout, Ahmad Khalil, Sebastian Tagliabue.

Baca artikel lain mengenai Jorge Luis Pinto dan pasukan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini:

Luis Pinto Yakin UAE Layak Ke Piala Dunia 2022, Tekad Jadikan Malaysia Mangsa Yang Pertama

RASMI: UAE Perkenalkan Ketua Jurulatih Baharu, Jorge Luis Pinto ‘Hadap’ Malaysia Dalam Perlawanan Kompetitif Pertama

Pemain Naturalisasi UAE Dijangkiti Wabak COVID-19, Tidak Ikut Pasukan Jalani Latihan Di Serbia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group