Calon pemain naturalisasi skuad kebangsaan Indonesia, Jordi Amat telah sah meninggalkan kelab Belgium, KAS Eupen dan bercadang untuk meneruskan karier dengan beraksi di negara Asia Tenggara itu.

Eupen mengeluarkan satu kenyataan dimana mereka mengucapkan terima kasih di atas khidmat Jordi yang mana kontrak pemain berusia 30 tahun itu akan tamat pada Jun dan tidak akan diperpanjang.

“Ketua pasukan, Jordi Amat akan meninggalkan pasukan. Kontrak pemain berusia 30 tahun itu bakal tamat pada 30 Jun dan tidak akan diperpanjang. Beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pada Isnin lalu dan bercadang untuk melanjutkan karier di Indonesia.

“Pemain kelahiran Sepanyol itu sedang memohon kerakyatan Indonesia. Jordi datang ke kelab ini pada Jun 2019 dan telah beraksi dalam 86 perlawanan bersama kelab. Pihak kelab mahu mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang yang telah diberikan oleh Jordi.

“KAS Eupen mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan karier Jordi yang seterusnya,” dipetik daripada kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab.

Jordi Amat
Bek kanan Zulte Waregem, Sandy Walsh, memamerkan pelindung kaki dengan logo garuda. Instagram/@sandywalsh).

Selain Jordi, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) juga mahu mendapatkan khidmat seorang lagi pemain yang beraksi di Liga Belgium bersama KV Mechelen iaitu Sandy Walsh.

Menurut salah seorang EXCO PSSI iaitu Hasani Abdulgani, kedua-dua pemain telah melengkapkan segala dokumen yang diperlukan bagi membolehkan mereka mendapat taraf kerakyatan sebagai Warga Negara Indonesia (WNI).

Ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong berharap Jordi dan Sandy segera menyelesaikan proses naturalisasi mereka sekaligus dapat membantu pasukan pada saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun ini.

“Saya berharap semua pemain naturalisasi [kacukan] dipercepatkan dalam proses mengubah atau mengganti kewarganegaraan mereka. Saya akan berterima kasih kepada pihak kerajaan dan juga PSSI sekiranya proses ini dapat dipercepatkan,” ujar Tae-yong.

Skuad kebangsaan Indonesia telah diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi sejak tahun 2010 antaranya Christian Gonzales, Beto Goncalves, Stefano Lilipaly dan Ilija Spasojevic.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak di Asia Tenggara di sini:

Jaringan PJ City Disahkan ‘Offside’, Sri Pahang Kerugian Mata Dalam Dua Perlawanan Berturut-Turut

Skuad Kawasaki Frontale Termasuk Chanathip Songkrasin Sudah Tiba Di Johor Bahru

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16