Pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat memberikan sebab mengapa beliau memutuskan untuk menyertai juara bertahan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi baki saingan musim 2022.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menerusi perkongsian di laman media sosial miliknya, Jordi menegaskan beliau memilih JDT kerana usaha beliau untuk beradaptasi dengan bola sepak Asia selain lokasi Johor yang dekat Indonesia sekaligus memudahkan urusannya apabila mendapat panggilan bagi menyertai skuad Garuda.

“Hello kepada semua pengikut saya. Di sini saya mahu membuat penjelasan mengapa saya memilih JDT sebagai pasukan baharu saya. Perkara pertama saya mahu jelaskan ialah mengenai tuduhan palsu terhadap saya yang mengatakan saya mahu mendapatkan pasport Indonesia untuk bermain sebagai pemain import kuota Asia bersama JDT.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa sebelum saya menerima tawaran JDT, saya telah menerima tawaran lain daripada liga yang lebih kuat. Saya menyertai JDT bukan kerana wang, alasan saya menyertai JDT ialah sebagai usaha untuk beradaptasi dengan bola sepak Asia, kedekatan dengan Indonesia dan peluang untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL).

“Johor hanya berjarak dua jam menggunakan kapal terbang selain pasukan ini berada di peringkat 16 terakhir saingan ACL. Dengan bantuan Tunku Ismail Sultan ibrahim, saya diberikan peluang untuk melawat fasiliti yang ada dan saya boleh jamin tiada pasukan yang saya wakili sebelum ini mempunyai fasiliti seperti JDT.

Jordi Amat
Jordi Amat

“Sahabat dan rakan sepasukan juga menasihati saya untuk menyertai JDT dan atas nasihat yang diberikan, saya memutuskan untuk menyertai pasukan ini.

“Saya juga mahu menjelaskan, nenek saya lahir dan besar di Makassar, Indonesia dan saya mahu mempunyai ahli keluarga di sana. Saya juga bangga dapat beraksi bersama Indonesia. Sasaran saya ialah membantu mereka dengan pengalaman yang saya ada.

“Saya harap anda menghormati keputusan saya. Saya meninggalkan keluarga, rakan saya di Eropah dan saya rasa ini adalah keputusan terbaik dalam babak baharu dalam karier bola sepak saya,” kata Jordi Amat.

Jordi dibawa masuk bagi menggantikan Mauricio Dos Santos yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan setelah empat musim beraksi bersama skuad Harimau Selatan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Saddil Tak Sangka Gerakan Lincah Berjaya Tembusi Gawang Selangor

Bojan Hodak: Saya Gembira Daniel Ting Akhirnya Ambil Vaksin

PSSI Tunggu Keputusan Shin Tae-yong Untuk Batalkan Proses Naturalisasi Jordi Amat