Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain kelahiran Sepanyol, Jordi Amat dijadualkan tiba di Jakarta, Indonesia pada hari Sabtu ini (14 Mei) untuk lengkapkan proses naturalisasi bagi membolehkannya menyarung jersi skuad kebangsaan Garuda.

Perkembangan itu disahkan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui satu kenyataan rasmi semalam sambil mengumumkan seorang lagi pemain berdarah kacukan Belgium-Belanda, Sandy Walsh turut akan terbang ke sana minggu depan.

Sepanjang di Jakarta, Jordi yang pernah beraksi bersama Swansea City dalam kancah Liga Perdana Inggeris itu akan mengunjungi Kedutaan Besar Sepanyol di Indonesia untuk menyelesaikan beberapa dokumentasi sebelum ke hospital menjalani pemeriksaan perubatan.

Jika segalanya berjalan lancar, Jodi dan Sandy bakal menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia bulan depan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuwait.

“Kami sangat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang selama ini membantu proses naturalisasi ini. Proses dokumentasi telah berjalan dan kami berharap semuanya berjalan lancar supaya Jordi dan Sandy boleh memperkuatkan pasukan Indonesia,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.

Selain itu, PSSI turut sedang berusaha untuk menjadikan seorang lagi pemain yang berpangkalan di Belgium dari kelab Viking FC, Shayne Pattynama sebagai Warga Negara Indonesia (WNI). Pemain tersebut dilaporkan akan tiba pada penghujung bulan ini.

“Shayne Pattynam akan menyusul selepas Liga Norweign berehat pada akhir mei. Semoga semuanya berjalan dengan lancar,” kata Exco PSSI, Hasani Abdulgani.

Skuad kebangsaan Indonesia telah diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi sejak tahun 2010 antaranya Christian Gonzales, Beto Goncalves, Stefano Lilipaly dan Ilija Spasojevic. Namun semuanya dilihat gagal memberi impak sehingga mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong Indonesia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

Tragedi Sukan SEA: Pemain Kemboja Hampir Maut Tertelan Lidah

ACL 2022: Chanathip Terkilan Kawasaki Frontale Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan

Jurulatih Ulsan Hyundai Salahkan Penjaga Gol Sebagai Punca Tewas Kepada JDT

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group