Pemain naturalisasi terbaru Indonesia, Jordi Amat mengakui juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim merupakan salah satu pilihan untuk disertainya bagi baki saingan musim 2022 selepas dilepaskan oleh kelab Belgium, K.A.S. Eupen.

Menurut laporan Suara.com, Jordi mengakui beliau sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain dan salah satunya datang dari JDT.

JDT itu merupakan salah satu pilihan. Saya juga mendapat tawaran untuk menyertai beberapa kelab di Jepun dan juga Sepanyol,” katanya selepas menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Indonesia di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 31 Mei lalu.

Jordi Amat
Sandy Walsh dan Jordi Amat

Sebelum ini, bekas pemain Swansea City itu menafikan beliau akan menyertai JDT dimana pemain berusia 30 tahun itu menegaskan mahu menyelesaikan segala proses dokumentasi yang diperlukabn oleh kerajaan tempatan bagi menjadi warganegara Indonesia.

“Tidak, memang banyak khabar angin apatah lagi kontrak saya akan tamat pada 30 Jun ini. Fokus saya ketika ini ialah menjadi warganegara Indonesia dan menyertai skuad kebangsaan yang akan beraksi pada bulan Jun ini. “Apabila semua selesai, barulah saya melihat pilihan yang ada dan akan mempertimbangkan tawaran yang sesuai,” katanya.

Selain Jordi Amat, seorang lagi pemain iaitu Sandy Walsh juga semakin hampir untuk melengkapkan proses bagi menjadi warganegara Indonesia sekaligus menjadi senjata baharu skuad Garuda di bawah bimbingan Shin Te-yong.

Seorang lagi pemain, Shayne Pattynama dijadualkan tiba di Indonesia pada minggu ini dan akan memulakan proses naturalisasi sedikit lambat berbanding Jordi dan Sandy.

Akan tetapi, Sandy dan Jordi tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia pada saingan kelayakan Piala Asia 2023 kerana proses dokumentasi kedua-dua pemain memerlukan masa untuk mendapat kelulusan daripada kerajaan Indonesia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Ejen Dedahkan Tiada Tawaran Rasmi Untuk Dapatkan Faisal Halim

Perlawanan Persahabatan: Giliran Hong Kong Jadi Mangsa Skuad Negara

Pemain Bola Sepak Tempatan Ditahan Kerana Rogol Remaja Perempuan