Pemain senior Barcelona, Jordi Alba dengan beraninya mengkritik secara terbuka kelab beliau yang menjual Luis Suarez kepada kelab seteru dalam La Liga.

Jordi Alba mengatakan bahawa kelab telah mengambil satu langkah yang dianggapnya satu jenaka. Kritikan tersebut secara tak langsung pastinya ditujukan juga kepada Ronald Koeman yang menganggap Luis Suarez sudah terlalu tua untuk beraksi bersama Barcelona.

Suarez turut menuduh Koeman sebagai pengecut kerana tidak mampu memberitahunya secara bersemuka perkara tersebut. Dan Suarez berpendapat Koeman tidak tegas dalam pengurusannya, tunduk kepada Bartomeu semata mata dalam isu penentuan pasukan.

Suarez kemudian berpindah ke Atletico dan membantu kelab tersebut juara La Liga. Sekaligus membuatkan Barcelona kempunan sekali lagi.

“Keputusan itu [menjual Suarez] adalah jenaka. Dia adalah orang yang telah memberikan banyak sekali perkara kepada Barcelona, ​​dan mereka memberikannya secara percuma, terutama kepada saingan langsung, Atletico,” kata Alba kepada Cadena SER.

“Dan lihat, mereka memenangi liga dengan adanya Suarez. Saya tidak menyukainya. Selain persahabatan yang kita ada, di mana anda boleh mencari penyerang seperti dia,” sambung Alba lagi.

“Dia memenangi liga dan menutup mulutnya. Tahun terakhirnya di Barcelona tidak mudah, dan dia berpeluang menutup mulut beberapa orang.”

“Saya dapat memberitahu anda bahawa suasana [di Barca] adalah luar biasa dengan adanya Luis. Dia adalah orang yang bekerja keras, itu bagus untuk pasukan, dan jumlah golnya berbicara untuk dirinya sendiri. Dia adalah pencetak gol ketiga tertinggi dalam sejarah Barca.”

Suarez memang masih sayangkan Barcelona. Dan beliau sangat kecewa dengan tindakan Barca yang menurutnya sudah tidak percayakannya lagi. Suarez gembira dapat membalas kepercayaan Atletico Madrid kepadanya.

Baca juga artikel

Sancho Setuju Sertai United, Namun Dortmund Tolak Bidaan Rendah Daripada Tanda Harga

Stuttgart Sahkan Pemenang ‘Rookie Of The Year’ Bundesliga Guna Nama & Umur Dipalsukan Ejennya

Giroud Tuduh Mbappe Tak Nak Hantar Bola Kepadanya, Deschamps Mahu Pemain Cari Penyelesaian Sendiri