Skuad kebangsaan Jordan kini sudah tiba di Kuala Lumpur dan mula menjalani latihan di Padang Sime Darby di Bukit Jelutong semalam. Mereka dijadualkan menentang Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari jumaat ini.

Bagaimanapun, sesi latihan tersebut hanya disertai oleh 18 orang pemain termasuk penyerang prolifik mereka, Yassin Al-Bakhit yang tiba dari UAE. Baki pemain yang lain akan tiba hari ini termasuk pemain pertahanan berpengalaman, Muhammad Al Dmeiri dan dan penyerang utama Al Wehdat SC, Baha Faisal.

Al Dmeiri yang mempunyai 78 kaps bersama skuad kebangsaan Jordan pernah beraksi dalam saingan Piala Asia 2011 dan 2015. Kehadiran pemain itu adalah untuk membantu memperkuatkan benteng pertahanan selepas mereka kehilangan tonggak utama yang beraksi di Piala Asia 2019 iaitu Salem Al-Ajalin kerana mengalami kecederaan otot.

5d653a0e416cc
SESI LATIHAN JORDAN DI PADANG SIME DARBY. FOTO: JFA

Dalam senarai 27 pemain yang menyertai pasukan tersebut, 17 pemain daripada skuad itu beraksi dalam saingan Piala Asia 2019. Pasukan yang berada di ranking 99 dunia itu turut menyenaraikan sebahagian pemain yang beraksi dalam kejohanan WAFF pada 4 Ogos hingga 10 Ogos lepas.

Seorang lagi pemain bintang mereka, Mohamed Abu Zreik turut tidak dapat menyertai pasukan ke Kuala Lumpur kerana perlu menyelesaikan proses perpindahannya ke Liga Greek.

yu
FOTO: JFA

Selepas menentang Malaysia, mereka akan berangkat ke Taiwan untuk perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kemudian kembali semula ke Anman untuk menghadapi Paraguay dalam perlawanan persahabatan.

Jordan diundi dalam kumpulan B bersama Australia, Kuwait, Nepal dan Taiwan.

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Jordan? Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan