Penyerang import Terengganu, Jordan Mintah memutuskan untuk kekal bersama kelab dari Pantai Timur itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Mintah menolak tawaran untuk menyertai Selangor dan kekal bersama Terengganu.

Mintah menampilkan prestasi baik dalam saingan Liga Premier musim ini dimana beliau muncul sebagai penjaring terbanyak dimana beliau berkongsi tempat dengan penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez dengan perolehan 16 gol.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Mintah dalam saingan Liga Premier meyakinkan ketua jurulatih skuad utama, Nafuzi Zain bagi memberi peluang kepada pemain itu untuk mengisi barisan serangan pasukan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Keputusan tersebut nyata membuahkan hasil apabila Jordan Mintah menjaringkan lima gol dalam saingan Piala Malaysia dan membantu pasukan mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada juara bertahan iaitu JDT dengan keputusan agregat 4-1.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor selepas skuad Gergasi Merah itu kehilangan khidmat penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Ifedayo Olusegun.

Ifedayo dilaporkan menerima tawaran yang lebih lumayan dari pasukan lain dan memutuskan untuk meninggalkan Selangor selepas dua setengah musim beraksi bersama pasukan itu serta dua gelaran penjaring terbanyak Liga Super.

Seorang lagi pemain import Terengganu yang dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Malaysia yang lain adalah Makan Konate dimana Selangor dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Konate kembali beraksi di saingan Liga Malaysia pada musim 2021 setelah tiga musim beraksi di Indonesia bersama Sriwijaya, Arema dan Persebaya Surabaya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Annuar Musa Buat ‘Spekulasi’ 40,000 Penonton Dibenarkan Masuk Ke Final TM Piala Malaysia Di Bukit Jalil

Ifedayo Olusegun Semakin Hampir Kembali Ke Melaka United

Final Piala Malaysia 2021: Hanya 9,000 Tiket Diperuntukkan Untuk Penyokong JDT Dan KL City