Skuad kebangsaan Jordan sudah pun berangkat ke Kuala Lumpur tengah malam tadi bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos ini.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada persiapan Jordan bagi menghadapi kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Taiwan pada 5 September ini.

Mereka turut dijadualkan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Paraguay pada 10 September 2019 di Amman.

5d62837d44e29
FOTO: JFA

Kem latihan pusat skuad kendalian Vital Borkelmans itu bermula sejak Sabtu lalu dan hanya disertai oleh 18 pemain termasuk penyerang prolifik mereka, Yassin Al-Bakhit yang tiba dari UAE. Mereka juga kehilangan tonggak pertahanan yang beraksi di Piala Asia 2019 iaitu Salem Al-Ajalin yang mengalami kecederaan otot.

Seorang lagi pemain mereka, Mohamed Abu Zreik turut tidak menyertai pasukan ke Kuala Lumpur kerana perlu menyelesaikan proses perpindahannya ke Liga Greek.

5d628333d8385
FOTO: JFA

Dalam senarai 26 pemain yang menyertai pasukan tersebut, 17 pemain daripada skuad itu beraksi dalam saingan Piala Asia 2019. Pasukan yang berada di ranking 99 dunia itu turut menyenaraikan sebahagian pemain yang beraksi dalam kejohanan WAFF pada 4 Ogos hingga 10 Ogos lepas.

Selepas menentang Malaysia, mereka akan berangkat ke Taiwan untuk perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kemudian kembali semula ke Anman. Jordan diundi dalam kumpulan B bersama Australia, Kuwait, Nepal dan Taiwan.

Senarai pemain skuad kebangsaan Jordan

Penjaga Gol: Amer Shafi, Yazeed Abu Laila, Ahmad Abdel Sattar, Abdullah Al-Zu’bi,

Pertahanan: Anas Bani Yassin, Tareq Khattab, Feras Shelbaya, Baraa Marei, Yazan Al-Arab

Tengah: Saleh Rateb, Khalil Bani Attia, Saeed Murjan, Ahmed Samir, Bahaa Abdul Rahman, Mohammed Bani Attia, Yousef Abu Jazar, Ahmed Ersan, Nour Al-Rawabdeh, Hassan Zahrawi,

Penyerang: Yassin Al-Bakhit, Hamza Al-Dardour, Yousef Al-Rawashdeh, Baha Faisal, Musa Al-Taamari, Mohammad Al-Zu’bi, Hadi Al-Hourani

Artikel lain berkaitan dengan aksi persahabatan Malaysia menentang Jordan, baca sini:

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal

Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian

Malaysia Hadapi Aksi Pemanas Badan Menentang Jordan