Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno hari ini dijangka menerima kehadiran orang nombor satu di negara tuan rumah itu apabila Presiden Indonesia Joko Widodo atau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Jokowi dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan.

Hal ini disahkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Marsal Masita dimana pihaknya telah menghantar jemputan untuk Presiden Jokowi dan berharap presiden ketujuh Indonesia itu hadir bagi memeriahkan lagi perlawanan antara dua musuh tradisi ini.

Jokowi

Jokowi. Sumber Gambar: Topskor.id

Kami sudah mengundang Presiden Jokowi untuk datang namun masih belum ada sebarang maklum balas. Kmai berharap beliau datang dan menyaksikan Indonesia menang.

Selain mengundang Presiden, kami juga menjemput Wakil Presiden dan menteri-menteri lain berkaitan bola sepak juga kami udang bagi memberikan sokongan kepada skuad Garuda,” kata Marsal menurut laporan Bolasport.com.

Pada masa yang sama, menurut laporan Liputan 6, daripada 66.433 tiket yang disediakan untuk perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia, setakat ini sudah 48 ribu tiket terjual dan PSSI masih lagi meneruskan penjualan tiket secara atas talian.

Pengarah Media dan Promosi Digital PSSI, Gatot Widakdo menjelaskan peminat boleh membeli tiket menerusi laman web rasmi PSSI ataupun menggunakan aplikasi KitaGaruda.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group