Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka menandatangani bekas pemain import Kedah, Fernando Rodriguez dan pemain Jepun yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia musim lalu, Kei Hirose.

JDT mengumumkan kedatangan dua pemain ini menerusi satu live di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana acara tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Teknikal kelab, Alistair Edwards serta Pengarah Sukan kelab, Martin Prest.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menegaskan pihak kelab memutuskan untuk menandatangani kedua-dua pemain ialah kerana keduanya menepati gaya permainan yang diterapkan oleh pasukan dan mahu memastikan pemain yang ditandatangani ialah pemain yang baik.

“Musim 2019 merupakan musim terbaik kami dari segi trofi dan juga persembahan yang ditampilkan. Faktor utama mengapa kami menandatangani dua pemain berkaliber ini ialah mereka menepati style of JDT dan kami juga mahukan pemain yang baik berada di kelab ini.

Johor Darul Ta'zim
Kei Hirose. Sumber Gambar: Football Tribe

“Mereka juga sedar Johor Darul Ta’zim II dibarisi oleh pemain muda dan mereka sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu pemain muda ini. Kami di pihak kelab teruja dengan kehadiran dua pemain ini,” kata Edwards.

Fernando yang beraksi bersama pasukan Kedah musim lalu berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas dan beliau membantu skuad Lang Merah mara ke dua perlawanan akhir iaitu Piala FA yang mana Kedah muncul sebagai juara dan juga Piala Malaysia.

Kei Hirose pula beraksi bersama Persela Lamongan dalam saingan Liga 1 dan beliau dianggap sebagai pemain yang mempunyai tiga jantung oleh media Indonesia. Kei dan Fernando dijangka beraksi bersama JDT II dalam saingan Liga Perdana.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski Berminat Sertai Johor Darul Ta’zim

Aaron Niguez Tinggalkan Johor Darul Ta’zim?

TMJ: Safawi Rasid Mendapat Manfaat Dari Persaingan Kompetitif Di JDT Untuk Sampai Ke Tahap Sekarang