Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi perancangan kelab bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers semalam, TMJ berkata pihak kelab telah menandatangani empat pemain bagi menghadapi saingan musim 2021.

Selain itu, juara Liga Super musim 2020 tersebut juga sudah melakukan persiapan bagi menghadapi saingan musim 2022 dimana mereka telah menandatangani empat pemain, dua daripadanya ialah pemain naturalisasi serta seorang pemain import.

Bagaimanapun, dalam video tersebut TMJ tidak mendedahkan senarai nama pemain yang telah ditandatangani bagi saingan musim 2021 dan 2022. Perkara tersebut mungkin akan dikongsikan dalam jangka masa terdekat.

Johor Darul Ta'zim
Sumber Gambar: JST

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga mendedahkan Johor Darul Ta’zim turut mencipta sejarah apabila bakal berkolaborasi dengan salah satu jenama terkenal yang mana akan memberi pengiktirafan besar terhadap kelab dan juga negara.

Pada akhir video tersebut, Tunku Ismail memberi bayangan akan membuat satu lagi pengumuman berkenaan kelab pada Khamis ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bekas Kapten Skuad Piala Dunia USA Bakal Jurulatih Baharu Pahang Musim Depan?

Pemain Tengah Switzerland, Oliver Buff Dikaitkan Dengan Selangor

B.Satianathan Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United